Visitor

15.12.14

hasya #11

lagi sebulan hasya nak masuk 3 tahun. eh, baru 3 tahun ke?
apehal aku rasa macam dia dah macam budak 4 - 5 tahun??

hahah.

badan dia dah sama besar dengan kakak haifa, lepas tu perangai dia sekarang memang buat aku pegang kepala kiri kanan depan belakang.




taktau la memang perangai anak ke 3 ke apa ni. tapi dia memang berbeza la sifat dan perangai dengan abang kakak dia.

  • hasya ni selamba, jenis suka buat taktau dan agak keras kepala. aku cakap ke, tego apa apa ke, dia memang buat donno je. jenis buat rilek je. kalau aku marah, dia marah aku balik. siap angkat tangan pulak nak lempang aku. haih? ibu pulak yang kena?
  • lasak dan lebih agresif. agak agak kalau nak ajak dia main, korang kena tahan mental dan fizikal. abang dengan kakak dia memang selalu kena bahan, kena lenyek, kena tumbuk, kena debik, kena pukul dan kena macam macam dengan dia. tinggal aku kena tahan telinga la pastu dengar abang dengan kakak nangis ngadu adik buat. huiiii..boleh tahan ni. tengok badan la woi.
  • bercakap pun pandai. pandai sangat. dulu dia selalu cakap "bodoh" (dia duduk dengan pengasuh lain dengan abang kakak)..sampai satu tahap, aku pernah cili kan je mulut dia. lepas tu takde dah. bukan niat nak aniaya dia, tapi dia serik. biar dia tau tu bukan perkataan yang patut dia sebut.
  • penghibur. banyak idea. dia punya perangai memang terpaling loyar buruk bagi kitorang satu family.





memek lawak dia ni nampak sangat mengikut abah dia kan? kan?
haha.. aku tak lawak sangat. merepek boleh la. (cover).


  • rifdi paling suka main dengan hasya ni sebab hasya rajin melayan dia nak main tembak tembak ke, nak main lompat lompat ke, main kejar kejar ke sebab hasya jenis lasak. kalau haifa dia suka hadap pen dengan buku, bukak buku, main bear, bercakap dengan bear.. haaa. perempuan sangat kan.
  • kememe (jenis menangis merengek mengada ngada). yang tu kadang kadang buat aku rasa nak 'pang' je. alahaii.. kalau tido malam tetibe dia nangis, pastu kaki mesti tunjal aku, tunjal abah dia. memang nasib kau la kan lepas tu kena apa. kadang tu, gigih jugak la ibu dia bangun, bancuh susu.. baru dia diam.  tapi time dia tido dengan aku la. dia suka tido dalam bilik kakak dia. tak pasal pasal abang kena mengalah masuk tido dalam bilik ibu. ahaha.
  • hasya jugak seorang kakak yang caring ye. dia boleh tolong henjut buai baby kat rumah pengasuh, boleh tolong jaga baby dan boleh tolong main dengan baby. sampaikan masa aku pregnant itu hari, hasya selalu datang cium perut aku, lepas tu gesek gesek muka kat perut aku. bila aku cakap "ibu geli"..dia mesti jawab "adik bukan gelikan ibu. adik gelikan baby"..


bahaha.
sabar dik. kita tunggu baby baru pulak. insha Allah.


No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...