Visitor

4.12.14

nice to meet you, baby

sebenarnya, lambat jugak aku nak terbukak hati share pasal ni. pasal pregnancy pun aku kurang nak exposed. entah. anak ke-4 kot, takyah la nak gedik sangat update tiap masa. hahah.

ok. first and foremost, nak tanya. ingat tak cerita aku warded dulu?

rentetan kisah tu, aku kena check up twice a month kat pakar gynae HOSHAS. leceh gila sebab perjalanan makan masa 1 jam tapi sebab nak tau jugak apa cerita pasal baby, pasal diri aku sendiri..so gigih la tunggu turn appoinment doctor specialist.

dahla appoinment tulis 9pagi. aku plak 9.30pagi baru nak register. orang kemain melaut tau dalam tu. aku ingatkan pesen tak payah register, takpayah tunggu..terus jumpa doktor. kahkahkah. budget hebat sangat la tu.

aku bagi summary ajelah senang kan..


20.10.2014
so far, doc cakap baby ada dalam rahim. alhamdulillah. tapi sebab baby kecik yang amat lagi, doc samar samar nampak baby. cyst pun terkawal. tak membesar pun. doc cakap don't worry pasal cyst sebab normal bagi pregnancy woman. doc jugak mendakwa cyst adalah makanan baby.

10.11.2014
doc mengesahkan baby dalam rahim. doc cakap dah nampak jantung, so next appoinment doc akan bagi tarikh EDD. cyst pun masih kecik dan takyah perlu risau wahai ibu.

25.11.2014
doc dapat result test yang aku buat last month, masa warded. ikutkan result tulis "Most Likely Dying Pregnancy". masa first result pun tulis macam tu. tapi kali ni scan, doc lain macam.

aku share di instagram (aku post after a week lepas appoinment tu. tu pun lepas fikir panjang)





lepas appoinment tu, doc bagi aku MC seminggu. doc kata baby akan jatuh sendiri dalam masa 2 minggu, kalau takde, next appoinment (11.12.2014) doc akan decide kalau kalau kena cuci.



so far, dah 8 hari sekarang after doc kata aku miscarriage. masih takde tanda tanda sakit, tanda tanda bleeding. no, masih belum ada.

ramai kawan suggest makan menda tajam, sapu minyak panas, buat air tawar (berjampi) dan ada jugak yang suruh re-check up kat klinik lain mana tau sebenarnya baby masih survive.

tapi semua aku tak buat. aku senang just wait and see, bagi aku, semuanya Allah yang tentukan. takpelah.

aku okay. aku boleh terima since baby kecik sangat lagi. tapi bila anak anak aku rajin sangat tanya,

"ibu, baby dah takde?"..
"ibu, baby dah mati?"..

sentap jugak rasa. diorang mengharap sangat nak adik.

"ye. adik dah masuk syurga"..



yang ni karya haifa.







takpe. insha Allah nanti ibu bagi adik baru okay?

No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...