Visitor

2.10.15

Ajet ajet JJCM area Kuantan

Sebab raya aritu jatuh pada minggu cuti sekolah, so aku pun ambik cuti sama dengan budak cuti sekolah. Sebaya la katakan kehkehkeh. Seminggu tu memang heaven la duduk rumah mak mertua, rumah mak sendiri, lepas tu pergi bercuti..paling heaven adalah bab makan. Biasa balik Kuantan aku jarang okay makan kat luar. Rumah mak ada, opkoslah makanan kat rumah mak lebih mengghairahkan.

Tapi lastweek memang lain. Aku dapat chance la makan kat beberapa kedai yang dah lama aku perati je. Memang target nak pergi. So bila mengidam ni lain macam la kan peluang dia tu.


1. JAMAN TORY RESEPI

Port dia kat IM2.

Makanan dia banyak makanan kampung. Ada set patin tempoyak, set daging salai..tapi sebab aku dah biasa makanan camtu so aritu aku try nasi Ciss Terbako Weh. terbaiklah sebab nasik datang siap tengah terbakar lagi. haha..ada api. so kena tunggu dalam 3 minit tunggu api padam sendiri. Nasi cis dia tak muak langsung. Aku order dengan air Kayor (nescafe + lemon). Pun terbaik. Rifdi minum Kayor Float. Lagi sedap..siap repeat lagi 2 gelas. Ejang dengan anak pempuan dia plak minum Nyor Putar (air kelapa)..pun marvellous. Rifdi makan mee hailam..lepas tu tak cukup! Dia cakap sedap. Rifdi bab makan sangat cerewet okay. Tak pasal malam tu dia makan mi hailam 2 pinggan dan air 2 gelas.

haifa suka sangat nyor putar tu. 


2. KOTAK KALAM

Port dia betul betul sebelah Hotel Citilite, bangunan Tupperware kat Jalan Teluk Sisek.

Cafe ni dah lama bukak tapi biasa la, aku kan tak makan kat luar. Ekekek. Aku pergi pun sebenarnya nak jumpa anak sedara afzan, sebab nak ambik Hot Kambing (nanti aku cerita). Kat situ rifdi makan spaghetti (macam biasa la), french fries with cheese untuk haifa dan hasya, chicken grill untuk ejang dan aku try Swedish Meatball. yang ni aku marah, aku rasa ada 10 ketul meatball, aku dapat makan 3 ketul je. yang lain anak aku rebut sesama sendiri. sebab meatball dia best weh, siap ada sos homemade diorang. nora bagi 5 bintangggg..

Swedish Meatball.
meatball separuh dah baru nak snap gambar T-T
spaghetti memang menu wajib abam koboi
*gambar blur sebab ibu lapar. tangan gigil*





3. RESTORAN MABIQ 

Port belakang Yayasan Pahang di Tanjung Lumpur.

Makanan dia semua makanan kampung. Menangis la kau pilih lauk kat situ. Aku makan kat sini beramai ramai dengan abah dengan mak dengan kak ina sekali, so total makan 9 orang around RM 70+..dengan lauk daging salai masak lemak 2 mangkuk, pais patin sekor, gulai tempoyak patin semangkuk, labu masak lemak semangkuk, kerabu semangkuk, ayam goreng 2 ketoi, rebung + perut semangkuk, pecal semangkuk, pastu sayur campur semangkuk..olohh, tak larat aku nak taip sambil kecur liur ni weh.

Makan memang puas hati kat sini. Patutla ramai gila orang, berbaloi makan macam ni walaupun nak masuk kedai jauh ke dalam. Dan kak nora bagi 5 bintangggg.





sekian saja bersiaran dari 3 kedai terpilih. next time kita gi tempat lain pulokkk..

No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...