Visitor

27.10.15

rifdi #66

minggu ni minggu final exam rifdi.

klakar jugak sebab sebagai ibu yang berkaliber, aku berusaha untuk spend time mengajar dia. walaupun semalam Maghrib tu aku dah tumbang. dan masa mengajar aku bleh tersengguk tidur!..dua malam plak macam tu. ciss.

untuk first day aritu rifdi ada paper Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Islam, Muzik dan Seni Lukis (DSV).
first day tu aku mengajar subjek lain okay aje. dah malam tu aku ajar Pendidikan Islam. aku refer buku teks tulis huruf hijaiyah basic. buku latihan pulak huruf hijaiyah ada huruf cha, nga dan ga. ok, mula pening nak follow yang mana.

rileks.

masuk bab rifdi suaikan perkataan jawi dengan huruf awal. pening jugak sebab rifdi belum cam habis dengan huruf. ok, aku rileks lagi.

masuk pulak bahagian tulisan jawi. aku dah gugup tengok rifdi yang tak cam habis lagi huruf, nak sambung huruf huruf untuk buat perkataan pulak. aku dah nervous.

masuk bab Sirah, aku baca buku teks. aku baca buku latihan. aku pandang rifdi..sudahnya aku cakap kat rifdi,

"pergi tido la rifdi. esok nak exam."



padahal baru pukul 9.30 malam. aku nak rehatkan minda.
aku pulak yang nervous macam mana la dia nak hadap paper exam esok?
mencabar betul subjek budak darjah 1 sekarang ye?

huh.

rotan tu macam biasa la. ke meja, ke dinding, ke kerusi perginya.
good luck abang rifdi. ibu doakan abang dapat buat yang terbaik.





No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...