Visitor

28.10.15

Truths Every Girl With Glasses Knows



kalau kecik dulu aku dah pakai spek mesti comel camni.
kehkehkeh.


aku pakai spec since form 1. umur 13 dan dengan saiz spek yang besar gila. abah cakap pakai spek besar la bagus, senang nampak semua menda. eventho masa tu power cuma 50 je. sebab aku malu spek besar macam Dato' Siti Hasmah, aku hanya pakai time dalam kelas je.

selama aku pakai on off dulu, penah 2 kali la spek aku jahanam sebab spek sangkut kat leher baju sekolah. satu sebab jatuh dalam lubang toilet sekolah (choii) dan satu lagi jatuh masa lintas jalan, pastu spek kena lenyek dengan kereta.

lepas dari tu memang aku buat spek terus pakai. tak cabut dah, dan since tu la aku mula jadi budak spek.

bila dah kerja, aku feel bored kot pakai spek. mula la aku try lense. yela, macam awek kat atas tu la..bila makan/minum menda panas, pastu mesti spek kelabu. keluar dari kereta yang pasang aircond, mesti spek pastu kelabu. redah hujan, spek basah. ingat aku suka ke nak cabut nak lap? hoihh..malas.

aku penah pakai lense after pantangkan rifdi. tapi lepas kes tu terus aku pakai semula spek. tapikan, lama-lama pakai spek ni, aku rasa lebih cool pakai spek sebab aku rasa muka aku muda remaja. kahkahkah. maybe sebab faktor usia kot. bila aku pakai spek aku rasa segala kedut bawah mata, tepi mata habis kena sorok. haa, kan nampak muda. sebab tu kalau aku cakap ramai geng aku kata muka aku macam zaman sekolah dulu, ramai aje yang percaya! dan paling best sebab aku dapat jadi diri sendiri. yeah (buat lambang peace).

tapi paling syok sebenarnya kan, sebab taste ejang adalah bukan perempuan pakai spek. tapi dia dapat wife specky! nampak tak special nya aku kat situ. kahkahkah.



gambar 2013 ni. kena kabo awal awal.

2 comments:

  1. Aku tengah sakit mata sekarang. sebabnya pakai lense sebarangan beli kat kedai spek opis ni pasal malas nak g beli kat Mall. kadang power kena book pastu kena dtg kutip plak.

    Haritu aku pakai spek... Dari pagi keluar ngn suami dia tak perasan aku pakai spek. Dah ptg sikit baru dia tegur.. eh eh..awak pakai spek? aku cakap.. "laa...takkan tak perasan? napa?" dia cakap.. "x perasan pulak. sebab setau saya, bini saya cantik. ni nampak mcm tak cantik pulak". kurangsam tul... takkan nak pakai lense smp tua. laser plis.. laser....

    ReplyDelete
  2. tu la kann..takbleh pakai sebarangan lense ni. kena yg sesuai pastu yg optometris suggest.

    tu la laki. nak tak pakai spek aje. cuba suruh dia yg tanggal spek..lemas jugak asek kena pakai lense je hahahaha..

    ReplyDelete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...