6.11.15

haifa #34 - my little helper

nextweek haifa genap 5 tahun.

rasa baru lagi lahirkan cik kak sorang tu sebab jaga dia la paling mudah setakat ni. bersalin pun mudah, discharged wad pun mudah. nak jaga pun mudah. dapat adik pun mudah. (haha).

haifa umur setahun 2 bulan dah dapat adik tau so dia cepat matang. sangat indipendent. so sekarang ni sedang umur belum cecah 5 tahun pun dia dah boleh harap la untuk buat kerja rumah. aku pun taklah bagi dia memasak, gila ape aku. tapi setakat tolong angkat kain, jemur kain, lipat kain sikit-sikit boleh la. paling boleh harap bab mengemas.

paling win, dia suka menyapu sampah. haha. yang bab ni aku tak tahan sikit la sebab dia kuat membebel.

"eiiiii..banyaknya rambut ibu atas lantai...!"..

....pastu dia ambik penyapu dengan skop. sambil tu membebel bebel la itu ini itu ini..tangan tetap menyapu. comelkan?

hahaha.

moga moga sampai bila bila la dia ringan tulang macam ni :)

alahh..bab menyepah pun dia jugak sebenarnya yang win. haha.


2 comments:

  1. besh besh... anak2 dah besar.. nanti ramai helper tlg jaga adik ni..

    ReplyDelete
  2. 4 taun lagi fatihah jugak akan jadi seperti haifa. hehehehehe

    ReplyDelete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

POPULAR POST