1.3.10

apakah dia patut dipanggil manusia?


mlm sabtu baru2 ni.aku hanya bersendirian bersama rifdi.xtau nk layan menda,aku pn tgk la Buletin Utama.mendengarkan berita utama yg dipaparkan,tersentap aku bila diberitakan sorg kanak2 umo 3 taun meninggal dunia kerana didera dgn begitu dasyat sekali smpi mengalami kerosakan buah pinggang yang serius, pendarahan otak & luka serta lebam di seluruh badan.

sbb dh terlampau excited nk tau..aku pn tggu berita yg sepenuhnya..

astaghafirullah hal'azim...
berdetak jantung aku mendengar adik Shafiya Humairah diperlakukan seolah2 sebijik bola oleh 'teman lelaki' ibunya.tersiat hati sorang ibu ni mendengar saksi2 bercerita dalam berita seolah2 anak kecik tu lakukan dosa yg sangat besar pada 'teman lelaki' ibunya tu..menangis aku.sedih sgt aku rasa..bila pulak ada berita selanjutnya lagi pasal si ibunya plak mengandungkan anak 'teman lelakinya' tersebut & mempunyai sorang anak hasil hubungan mereka bersama..Ya Allah!Kenapalah manusia seperti mereka wujud di kalangan kami Ya Allah! Kenapa mereka seolah2 tidak malu kepadaMu dengan melakukan perbuatan keji sebegitu Ya Allah!!

aku sbg manusia kerdil ini bukanlah mahu menghukum mereka.biarlah,itu kerja Allah S.W.T..yg aku kesal,kenapa la wujud manusia yg zalim macam ni..?dan pada aku,patutkah dia,si 'teman lelaki' ibu pada Allahyarham Shafiya Humairah ini dipanggil manusia?

Sedangkan ibu kucing pn tahu tidak mahu berjauhan dengan anaknya..
Sedangkan ibu ayam mematuk mengejar kita bila anak2nya diganggu..

inikan pulak manusia yg diberikan nafsu & akal..

notakukukaki : sedarlah..kita tak selamanya berada di dunia.jgn kerana nafsu,akal binasa..

::dush!::

No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

POPULAR POST