24.8.10

zaman oldskool yang selalu dikenang

tetibe aku diserang rindu.
rindu pada sape?..ahh.
time puasa ni la rindu kat sahabat sahabat yang pernah bersama sama menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan.
kat sahabat sahabat lama tak kira di mana aku berada.
masa skolah panglima perang, masa skolah teknik muadzam, masa poli, masa slg, masa keje kat gebeng, ..huishh.macam macam memori kat kepala ni.memori baik baik,memori sama sama menakal, sama sama belajar penuh dedikasi, dan kawan kawan sama sama melucah.ohh..hahah.wtf.

member aku ramai.siyess.aku suka berkawan.dan setiap tempat yang aku pergi selalunya aku akan dapat kawan baru.nampak sangat aku ni sorang yang mudah bergaul :) *aku sedang puji diri ni* atau sebab aku yang agak peramah di samping mempunyai fizikal yang menarik minat orang ramai untuk bertegur sapa?

dan kebanyakan kawan kawan tu setia mengontek aku sampai sekarang.
aku sangat terharu (--")

oh damn.nape aku jadi macam ni arini yek?rindukan teman lama memang bagus,tapi yang damn-kenapa aku rasa macam kerap sangat berbangga diri ni? (+__+)

oo,mungkin sebab since Ramadhan 1431 ni ramai sangat sahabat handai yang ajak berbuka puasa bersama sama kot.yela..betul tu.stakat ni,inbox dan mailbox aku selalu dapat invitation berbuka pose bergather-gather.dan tak lupa jugak yang baru nak cadang buat aktiviti dan ada jugak yang.."wehh,ko dh lama tak belanja aku.." - dan ayat tu kuar tetibe dari sorang sahabat yang dh lama tak bersms ngan aku.Ramadhan ni baru dia timbul.tu pn sebab aku ada forward email berkaitan status hotel halal di sekitar Pahang.omg.apekah motif beliau?nak jumpa aku,nak kenakan aku atau memang niat beliau nak rasa kehalalan makanan di hotel?..*sila pilih jawapan yang tepat.

sebab dah terpanjang aku membebel ni, (niat aku bukan nak citer pasal kehebatan diri aku sebagai sorang sahabat sebenarnya..),aku nak tayang la gambar gambar kawan kawan aku.dari zaman awal akil baligh sampai masing masing dah besar panjang dan dh ada yang menamatkan zaman daranya pun.termasuk den laa :)
tapi gambar gambar ni semua takdek kena mengena dengan Ramadhan ye.
dan aku upload pun gambar yang seadanya dalam pc aku ni je.lain lain,seme dalam facebook.

*psstt..sila jangan marah ye kalo gambar anda berada di sini*

Form 1 -Form 3
SMK Tg Panglima Perang Tg Muhammad, Kuantan 
geng besar & paling kamceng
.ieyda.fatim.dd.ray.
.zan.akak.ej.mie.

zaman pengangguran maha hebat
kecuali mie
.dd.ej.mie.fatim.

Form 4 - Form 5
SMK Teknik Muadzam Shah,
Muadzam Shah

bersama roommate
time riadah.cuci mata adalah lebih baik.
juliet.ain.intan.dd.


bersama geng sekutu
before gi skolah pun sempat lagi
.rock.dd.
.pizah.sacha.meyya.

aktiviti sekolah
.rock.dd.lind.syifa.pizah.sacha.bjork.nad.mimie.ain.udang.

petang petang geng kami main rounders
carik muka i?
ada si barisan belakang.berwajah skema berkacamata O_O

sahur exam matriks.
yeahhh~ini memang sahur yang paling aku kenang.

dalam satu event.
paling best sebab karok ngan rock.lagu teman by xpdc.

Diploma POLISAS
happy face.
aku suka sangat gambar ni :)

PPSC, Gebeng
member ketat yang sporting giler :)
una & mas

kan?ramainya kawan aku.tu pun ada lagi yang gambar takdek dalam simpanan.
bersyukur sangat :)

semoga sahabat sahabat yang ada ni kekal berbaik baik dengan aku sampai akhir hayat.
aku sayang korang tau.!

dush!

2 comments:

  1. ...i luv u too,...hahaha...

    walaupun gamba aku tgh galak pegang mikropon tu takde kena mengena dgn ibadah puasa,..but,i'm really appreciate yg ko abadikan gamba aku yg galak itu (skali lagi ulang)dlm blog ko ini,...hikhikhik...

    ReplyDelete
  2. hehe..
    lately,aku sangat sukakan gambar2 lama.
    wallpaper pc opis pn aku letak gmbr aku adik bradik.huhu
    tp gambar kta bergalak tu mmg aku suka jugek.sangat suka.nampak sgt happy :)
    thanx.

    ReplyDelete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

POPULAR POST