sebelum melepaskan perasaan,aku nak bagitau aku baru habis pantang.hehe.dan lagi satu menda aku nak citer,err...sila baca dengan nada skema ye.
"alhamdulillah,majlis cukur jambul anak pempuan aku,Norhaifa Rafissa telah berjalan dengan lancar pada sabtu bebaru ni,25 disember iaitu hari ke 44 beliau.pada yang tak dijemput,sori ler..majlis tak dibuat besar besaran pun.cuma sedara mara terdekat dan orang kampung je yang ada.hukhuk..jangan sedih hati ye.ada pun cuma ada bacaan dari geng marhaban mak aku pada belah pagi,pastu buat doa selamat dan tahlil untuk arwah abang sulung aku yang telah pergi 10 taun dulu pas zohor oleh geng surau.tu je la..kengkawan pun aku tak ajak.huhu..maafkan saya ye.harap maklum." (--)"
sambil buat muka kesian.oloh olohh..
sambil buat muka kesian.oloh olohh..
eh.kau tanyakan gambar?*tetiba je tukar nada
hah.ni baru edisi melepaskan perasaan.
sebenarnya,semenjak dua menjak ni.aku sangat bengang tahap dewa naga bila kamera dslr aku tu buat taik.dah la aritu dia ilang pedoman sebab kalau amik gambar jadi senget benget.aku tau la aku ni tak profesional,itu memang pengakuan ikhlas la kan.*sambil buat gaya muka bengang bengang cam remi ishak.tapi kalau setiap kali aku letak diam diam atas tripod/meja/buku/katil dan segala yang sama dengan,siap bagi center lagik,tapi bila snap hasil foto amat menyedihkan.sobs sobs.aku rasa kalau orang pro tengok pun dia akan kata ehh,anak sulung ko ke yang amik gambar ni?cehh..memang cam harem.eh,harem tu fesyen seluar.bukan bukan.macam HARAM!..grrr..
terbaru.kamera aku tu setiap kali aku try upload gambar dalam laptop-bukan-apple gua ni memang failed la.memula dia kuar la malware?malware?..ntahapeharamjadah laaa.giler rasa nak maki.lalu dengan lantas aku blocked segala menda tu,pastu tak pasal pasal segala gambar yang nak diupload tu ilang.lohh..apehal lu?.aku bajet memori card lahh.ada orang guna pinjam kamera pastu upload gambar tak reti nak scan dulu.pehh..patut la photographer charge ratus ratus kalau berkhidmat.sekali terjadi menda gini,tak ke rasa nak hempas natang gedabak ni?orang pakai kamera besar,ko nak pakai jugak.dah la pinjam harta orang,tak jaga bebaik pulak.aku charge sewa kang ko kata aku berkira pulakk.hah..last last tengok.bila aku tanya ko guna camne,ko diammmmm je.buat macam takdek masalah pape.dah la cover lense tu pun jahanammm ko buat.kat kedai pun kalo beli menda camtu pun dah rm50 tauuu.pehh..
sekarang nih,kamera tu bleh lagi guna.cuma aku tak dapat nak upload gmbar sepantas dulu je.kalau tak,aku rasa gambar aku amik gambar pat minit tadi dah berlambak dah dalam fb ngan blog nih.sekarang,kalau aku amik gambar,aku kena upload dulu dalam laptop abah aku pakai kabel.pastu kena save dalam pen drive,pastu transfer plak ke laptop aku.kalau laptop abah aku tu ada depan mata takpe jugak.ni kakak aku plak guna,bawak balik ke umah dia.dah tu?..den nak buek camno?
aku dah tanya kedai,nampak gaya memang kena antar gi servis.takpe,nanti kalau kamera aku dah diservis,itu tandanya aku tengah banyak duit.pastu terang terang aku nak jadik manusia paling kedekut bila ada orang nak pakai kamera aku.jawapan terbaek aku time tu..noweyy mannn.mana bleh pinjam tanpa wang.ye,aku mau jadi sejahat ah long.bukan aku taknak tolong,tapi aku memang kedekut.huwahuwahuwa..
dah tu,kena upload gambar dalam kamera henpon jelaa.henpon lak cap ayam dengan tagline kok kok kokkk.ko kan?
tengokk nih??..tu pun berpeluh ketiak ngan pelipat kaki asek mengedit je.ceh.
door gift untuk guest majlis cukur jambul |
notakukukaki : gambar lain kena tunggu next time.yang ada dalam henpon cuma gambar ni je.kualiti memang tak memuaskan langsung.rasa macam takdek nafsu.huh.
ツdush!
No comments:
Post a Comment
ini kotak komen. bukan kotak romen.