16.12.10

haifa #1 : khatan & jalan jalan time pantang.

lamanya tak mengupdate belog kacak ini. (^-^) huh huh.giler riak.

ada pun arini genap hari ke tiga ploh pat aku berpantang.dan amat menyukacitakan sebab hari ni aku berjaya jugak bawak haifa ke klinik untuk tujuan berkhatan.bleh ek aku terlupa nak khatankan dia masa bawak dia gi check up sebulan isnin bebaru ni.huh huh.encek hubby pun membebel bebel ringan kat telinga ni sebab asek asek alasannya lupe je.ehh,betul la.orang lupe laa..takkan la orang sengaja nak lupe.opss..opss.kena tapis dialog suami isteri.mana bleh citer kat orang.opsss...zrotttt.oh,itu bunyi mulut kena zip.

eh,banyak plak membebel.takdek,tadi gi klinik syed badaruddin depan umah je.rupanya situ pn bleh berkhatan gak rupanya.beria betul kakak aku bermekap bagai,ingatkan nak ke klinik kat area bandar.aku pun tak kurang la kan nak memakai.eh,buruk sangat rupa kalau pakai kain batik je keluar bandar.sori la,sesempoi sempoi aku pun,xdek la main belasah je kuar umah.muahaha.masuk klinik,doktor panggil..aku bawak haifa yang tengah tido tu.pastu masa doktor pegang pegang,dia dah uh ah uh ah.aku bajet sure meraung punya ni.elok je kena tutt,eh,dia bleh sambung tido.waa..caya la.bagus anak ibu ni.kiut ~ sangat terharu. T___T

ni gambar gedik haifa ngan ibu dia.ehh,nampak tak haifa menggedik?






siap je misi khatan,aku anta haifa balik umah.pastu aku ngan kakak aku gi carik barang barang door gift untuk guest masa majlis cukur jambul nanti.wah,giler bagus.siap gi shopping time pantang lagi.wakaka,takpe.janji berkasut sebab taknak tersepak or tersampuk apa apa kat kaki.kata orang tua,jangan sambil terkena ibu jari kaki,nanti tumpah darah.aku pun taktau camne jadi kalau tumpah darah,so kalau nak tau jangan tanya aku.tanya orang tua.

antara menda aku beli tadi adalah paper bag yang sangat kiut,ada gambar tedi bear lagi.pastu untuk bahan bahan dan ramuan dalam adalah puding cup yang kiut kiut tu,pastu lollipop dan lilin berbentuk selipar jopon.eh,tak lupe jugak barang bunga telur.wo,itu pun dah berabis nak dekat rm200.sila jangan terkejut ye.belum bab makan lagi.hahaha..tak kisah la.janji majlis sukur jambul haifa akan berjalan dengan sempurna.insya Allah.aku pun nak online sopping ni.nak carik baju haifa.kuikui...

dush!

2 comments:

  1. Dee,
    Ni my opinion dan terpulanglan for u to decide what is the best for your child in the future. Aku dapat tahu pun selepas duduk di UK dan bergaul dgn bangsa Islam lain kat sini (arab/ pakistan/india/mat salleh) . Even mak aku pun mengaku dia pun tak tahu kenapa kami adik beradik dikhatankan. Apa yg aku belajar pasal berkhatan utk perempuan adalah semata2 adat tempatan sahaja dan tak pernah mentioned dalam al-quran. Sunnah Nabi Muhammad S.A.W pun hanya menyebut tentang amalan berkhatan buat lelaki sahaja dan salah satu hadith mentioned bekhatan bagi kaum wanita adalah satu kemulian pada kaum wanita. Itupun bagi new believer(mualaf) tak semestinya kena khatan once masuk islam. Asalkan sanggup utk pastikan his manhood is clean pun sudah cukup. Amalan berkhatan utk perempuan pun tak diamalkan kat negara2 arab mcm Iraq, Arab Saudi. Yg banyak praktis this routine is people from Egypt sebab mereka dah amalkan before kedatangan kristian. dan islam. Adalah satu persepi masyrakat kita yg beranggapan kalau kita khatankan anak kita, dapat mengekang rasa nafsu shahwat, tapi ajaran nie tak benar kerana ilmu dan akidah boleh mengawal nafsu. Paling ditakutkan kalau2 org yg buat procedure nie tak mahir dan boleh merosakkan peranakkan perempuan. Ada juga negara2 belah afrika yg mmg kejam dan menindas kaum wanita dgn memotong kemaluan wanita sesuka hati. Nie cuma my tafsiran. Wa'huallam..

    ReplyDelete
  2. ok.tq for the opinion.
    aku pn taktau la.sbb menda ni jadi adat kita.lgpun,khatan budak pmpuan ni cuma cucuk dan kuarkan darah je.baru2 ni aku ada baca paper,citer pasal khatan.aku carik nak wujudkan satu entry pasal tu,xjumpa plak.

    ..so,aku pn xbleh nk citer pjg.pape pn,aku suka dgn info dari ko tu.tq ek.

    ReplyDelete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

POPULAR POST