Visitor

14.1.15

chaotic kiddos #10 : school 2015

1. Norhaflan Rifdi (7 tahun)



dah masuk darjah 1 (T-T). dia masih di sekolah yang sama masa pra dulu. sebab dah biasa dengan sekolah, rifdi tak kisah sangat . perasaan macam nak nangis pun tak terukir kat muka dia tu. first day pergi sekolah pun terus masuk baris, beratur macam takde apa masalah. yang kantoi ibu dia je.

breakfast date dengan ejang tetiba teringat "eh.rifdi nak makan apa rehat ni? duit lupa bagi!!"

eh eleh. apa ke kejam beno aku ni. so time recess tu aku pergi hantar duit belanja sambil tengok dia beli apa kat kantin. so far, okay je dia. tapi sebab nampak member bawak bekal, esoknya dia request nak nasik putih & ayam goreng. check masa recess semalam, nasik habis tapi ayam tak habis.

so, hari ni dia request roti sapu coklat pulak. heh.



2. Norhaifa Rafissa (5 tahun)

dia ni pun rilek je pergi sekolah sebab tahun lepas dah masuk tadika dah tengah tahun. yang dia pergi sekolah sendiri tu, korang ingat tak? cuma taun ni beli baju baru khusus untuk budak perempuan, baju kurung. tahun lepas pakai kemeja siap tight in, pakai baju abang rifdi. kahkahkah.


first day tapi pergi hantar abang sekolah dulu

ejang cerita masa hantar dia first day tu, haifa siap bagi salam kat cikgu. pastu rilek masuk berborak dengan cikgu dia. tak layan dah abah dia yang duduk kat pintu. haha. settle lagi satu kerja.

second day



3. Norhasya Rasyidah (3 tahun)

masa hantar abang masuk sekolah

ehh. mana pergi sekolah lagi budak ni. duduk rumah pengasuh dulu ye dik. bahahahammmm..



ibu pun dah balik semula rutin bangun 5.30 pagi.
tu pun tetap terkejar kejar jugakkk..

2 comments:

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...