Visitor

7.1.15

random #1 : turun berat badan

aku sebenarnya bukanlah nak membenci sangat produk kurus, turun berat badan ni.

tapi series, tiap kali baca testimonial yang berlambak lambak tu, ada masa nak bagi penyepak jugak pada pembaca/pengguna yang excited, terus order produk dan guna. end up, rasa tertipu sebab tak macam testimonial pun!

aku pun bukan baru sekali tertipu jugak dengan testimonial ni.



"makan kapsul minyak ni. boleh cantikkan kulit dan kurus"

aku beli dengan semangat. makan ikut sukatan. istiqamah. tapi masih seperti ini. kurussss sangat. dan kulit cantikkkkk sangat!



"pakai la krim pink ajaib ni. konpem kurus"

aku pakai, 2cm pun tak kurus. siap test kat mak aku macam yang dikhabarkan dalam testi - 5minit dah susut seinci - sudahnya aku kena gelak je dengan mak aku sebab sikit pun lemak mak aku tak terbako. aku je yang terbako.



'pakai la krim ala pasir ni. konpem kurus. pipi boleh kurus. dagu boleh runcing"

aku pakai macam yang dia ajar. ikut. istiqamah, tapi..nakharommm. perasan dagu runcing ajela. padahal sama je bila tengok gambar lama dengan gambar baru selfie. dagu tetap macam tu. double. puih.




so, setakat ni la. aku boleh cakap, aku kurus kalau pantang je.
betul.

after pantang 3 orang budak tu,

berat hari delivered around 80kg.
tapi lepas pantang, aku mesti dapat berat 60-62kg gitu la.
bila dah masuk keje, mesti lepas ke angka 70kg pulak.


pantang baru ni pulak.

latest timbang sebelum masuk OT baru ni, berat aku 75.5kg.
so far, aku pantang hari ke 20 ni. berat aku dah turun 68kg.
maknanya 7kg dah hilang.

dan paling best sebab levi's lama aku dah muat semula dan levi's latest aku beli dah longgar tahap pakai bercerut macam mamat skinhead.


jadi ko pilih la sendiri. nak terus tertipu dengan produk beratus jenis kat luar tu atau berpantang ajela secara tradisional. sama je. ko guna produk tu, ko tetap kena pantang makan jugak kan?


6 comments:

  1. sy beli 1 product rm170.tapi hampeh! huh baik diet sendiri.

    ReplyDelete
  2. Hye awak, kadang krim berlambak tu memang tak sesuai dgn metabolisme orang nak kurus tu... Tu semua membantu je.... Heheh... Nak cepat, kena joging keluarkan peluh...

    Jom lawat blog saya

    www.mamaiqram.blogspot.con

    ReplyDelete
  3. wah... dah kurus...gambar plis.. berapa lama pantang ni cik?

    ReplyDelete
  4. safurara,

    haha.bapak mahei beli produk tu. baik beli seluar levis selai. haha.. tu la. pantang sendiri insya Allah lebih berkesan dan lebih sihat.

    :)

    ReplyDelete
  5. Kisah MamaIqram,

    saya penah amik produk yang kata boleh buang toksin. sebab katanya toksin saya banyak so susah berat nak turun. saya makan dan ada cyst.

    takpelah.saya serik nak makan produk yang bermacam macam ni lagi.

    ReplyDelete
  6. fiza,

    hahaha. gambar ada tp lately segan nk up gambo sendiri. boleh? haha.. ntah. aku pantang ajela 44 hari.

    ReplyDelete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...