26.1.15

hasya #14 : her birthday again

memang plan balik kuantan weekend aritu nak buat BBQ kat rumah mak abah. kengkonon buat makan sempena birthday hasya la. alah, setakat family aku dengan family ejang, lepas tu ejang ajak kengkawan dia. since kengkawan aku takde yang free. hehe..

aku pun tempah kek dengan kak ina. aku dah imagine naked buttercake buat 2 lapis, pastu bubuh fresh cream kat tengah. atas suruh kak ina tuang karamel ngan coklat cadbury mini.

skali sampai umah mak, kak ina tunjuk kek. perghh..marvellous kau. tak terjangkau dek akal aku dia punya deco.

thank you kakak yang paling cantik di dunia :)
bodek jangan tak bodek.

haha. semua persiapan actually kak ina dengan makabah dah uruskan. terima kasih bebanyak. kak ina buat bihun goreng pastu mak buat pulut kuning. aku dengan ejang memang awal awal kata kitorang hulur duit je. mana taknya, jumaat nak balik tu macam macam hal. mujur aku tak janji nak bawak apa apa.

BBQ ayam, kambing & crab stick

series nampakkk

cake

i am a mother of three, so far.
heh :)

yayyy
makanan
makan makan

yana & nazurah

my MIL & my biras

alhamdulillah.semua settle malam tu seperti yang dirancang. siap majlis dalam pukul 12 malam, aku mandikan anak anak aku dan diorang terus tidur dengan aman damai. hahah.

esoknya, balance ayam yang ada kita bakar pulak guna pemanggang ajaib.


No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

POPULAR POST