Visitor

15.1.15

Churros

google


aku jumpa resepi simple ni kat fb dan terus aku printscreen. bukan sebab nampak sedap je, tapi sebab nampak ehhh..tak pakai banyak bahan punn.

ha,aku kalau resepi kuih muih paling ringkas la aku paling suka. jenis guna bahan sedia ada kat rumah. memang suka sangatlah. so, masa dalam pantang dengan takde air pulak tu aku bleh buat buat eksperimen kuih ni. jangan memain ye time semangat aku tu ada. jaga kau.

Resepi Churros (Kuih Belimbing)

Bahan Bahan :


  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 1 biji telur
  • 1 sudu makan marjerin/butter
  • 1 sudu makan gula
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla


Cara-Cara :


  • Didih airkan air, gula dan marjerin
  • Sementara tu, dalam mangkuk lain pukul telur dan esen vanilla
  • Tutup api. masukkan tepung dan kacau cepat cepat
  • Biar adunan tepung sejuk sikit dalam masa 5 minit
  • Kemudian masukkan tepur dan kacau cepat cepat hingga sebati tepung tadi
  • Panaskan minyak, masukkan adunan ke dalam piping bag yang ada nozzle star dan picitkan ke dalam kuali. Potong setiap 5cm 
  • Goreng hingga kekuningan dan angkat
  • taburkan gula/icing.
google
dip dalam coklat pun katanya marvellous


haaa..terliur tak kau tengok? dahla bahan simple gila. so, aku buat hari tu nampaknya berjaya. sampaikan anak anak aku makan takde tinggal kat ibu abah dia dah. tu pun takde piping bag nozzle star. aku pakai picit letak dalam plastik, lepas tu gulung dengan wrapping paper. bahaha. tak senonoh. janji anak aku suka.

nah churros versi kak dd.
hahaha.

2 comments:

  1. kihkihkih. churros bulat2 pom bolehh.hehehe

    ReplyDelete
  2. tak hjadi kuih belimbing dah laaa..hahahah

    ReplyDelete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...