Visitor

18.12.15

18 Disember.

Last year, tarikh hari keramat 18/12/2014 aku kena warded di HOSHAS Temerloh sebab miscarriage.

Masa tu baby dah sebulan dah tak bernyawa dalam rahim. Aku pun dah penah cerita kat blog taun lepas, so aku rasa tak perlu la aku ulang tayang kisah tu sebab aku punya siaran tak berbayar macam Astro.

Dipendekkan cerita yang dah sedia pendek, tahun ni pada tarikh yang sama baby dalam perut ni dah genap 26 minggu. Insha Allah, doa aku sebagai hamba Allah yang kerdil ni semoga kandungan kali ini dilindungi olehNya, dan semoga baby dan ibu kuat.

Insha Allah, ibu nak sangat tengok baby ni keluar sihat sempurna sebagaimana abang Rifdi, kakak Haifa dan kakak Hasya. So far, gender akan dirahsiakan sehingga lahir kelak. Ibu taknak share dengan orang lain, biarlah sampai waktu yang selamat nanti insha Allah.

Ikutkan due date 24/03/2016 tapi Allah kan Maha Besar. Buatnya macam Rifdi dengan Hasya yang nak keluar 36minggu..haaaa, terimalah seadanya. AMIN.


#26weeksofpregnancy



posted from Bloggeroid

1 comment:

  1. kenapa pilih gambar ni? tak nampak pewot...
    tahniah dd!!!
    wah.. seronoknya dah nak 4 dah bb.

    36 mgu dah keluar ye? gulp..

    ReplyDelete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...