Visitor

16.12.15

blog

dah hampir 2 bulan lebih kot aku kemaskinikan blog bila ada masa terluang.

mana yang terselit gambar kurang senonoh, nampak aurat aku tu dah buang. mana post yang merepek teruk tu aku delete. mana yang luahan lebih lebih tu aku revert to draft aje. mana yang sesuai aku biarkan ajela macam biasa.

aku mula mengemas balik pun sebab ejang tegur satu post zaman entah bila tu ada gambar aku bertopi dan nampak leher. lepas tu letih jugak aku view satu per satu post yang ada. alhamdulillah jumpa dan dah delete, pastu slow slow aku carik balik mana mana post yang aku letak gambar zaman jahiliah dulu untuk aku delete / revert to draft. takpelah..lagipun bukannya post penting sangat pun. haha.

bila dah view gitu, maka nampakla pulak post yang tak sesuai nak dibaca pada zaman sekarang. paling ketara 3 tahun pertama aku berblogging. masa tu punya blogging banyak nak cerita hal peribadi, cerita hal orang, cerita tak senonoh..ishhh..

mujur cepat sedar dan insaf.

aku harap lepas ni post aku banyaklah yang lebih matang hendaknya. alah, bukanla tetibe jadi blog ilmiah sangat tapi at least takde la merapu macam cerita 2009 dulu. kurang-kurang dapat tepek resepi ke, kisah parenthood ke..kan lebih afdhal. nak cerita hal orang boleh aje lagi tapi taklah direct. kita sekadar share pendapat ajela kot. random aje pun.





▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

N O O N E C A R E S W H E N U R W A T C H I N G
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬





No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...