Visitor

14.12.15

Carousell

aku sebenarnya banyak gila barang yang aku rasa nak letgo.

baju berlambak, seluar berlambak, shawl & tudung berlambak. koleksi macam macam ada. aku nak letgo tapi bila aku belek semula aku rasa macam sayang, blues, stress, tertekan, nak cium, nak kiss, nak lempang, okay. semua bercampur baur. 

shawl yang dah lebih 100++ helai tu pun konon nak jual. bila aku kumpul sudahnya aku bagi dekat orang aje. kasut aritu pun aku tapau letak dalam plastik sampah, campur tolak mana yang dah koyak, sudahnya pun aku bagi kat ejang mintak hantarlah kat mana mana bagi la bantuan pada orang lain.

tinggal baju dan seluar yang dah serba kecil (taknak jugak mengaku aku dah membesar), aku taktau jalan mana nak ikut dah. baju kurung pun taktau nak sumbat mana dah.

nak jual via instagram, fb pun aku tak sanggup. rasa malu pulak bila nanti up pastu takde orang beli. haha. sabar ajela aku ni kan.

tak lama tu, tetibe aku punya akal mula datang balik bila terbelek lama Carousell ladynoe kat ig. eh. yela, dulu aku penah ada stranger invite join webpage ni tapi sebab kurang ilmu so tak layan la masa tu. so sekarang ni konon macam dah banyak ilmu, aku pun create satu akaun.

so far aku dah ada akaun Carousell cuma entah bila pulak nak mula. kahkahkah. takpe, kalau aku terbukak hati nanti aku up la item yang aku nak jual nanti. banyak kot. kasut baby pun ada. tak pernah pakai!

tapi tuunggu la aku upload. insha Allah harga murah murah aje. tu pun tunggu aku rajin up la ek.




No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...