Visitor

21.12.15

May the 4th be with you.


gambar takde kena mengena. haha.


actually, aku dapat petanda Ramadhan lepas.


after raya tu kebetulan ejang ada training handball di kuantan. aku pun sebab series tak larat terdetik nak buat UPT. alhamdulillah, masa tu terus nampak double line. tak sabar-sabar tunggu ejang balik, sudahnya aku whatsapp gambar result lepas tu kami pun happy la dapat tau. tapi kitorang sama-sama taknak over excited sebab yela, dulu dah pernah miscarriage. cukupla sekadar pengetahuan kitorang aje.

lama jugak kot simpan rahsia. haha. first time aku up gambar nampak perut pun time holiday di Swiss Garden raya haji aritu. tu pun sebab perut dah besar takleh cover haha. pun begitu, masih belum aku publish cerita pregnancy secara public. group ajela yang tau, tu pun secara berhemah.

this time punya pregnancy memang aku lembik selembik-lembiknya. kejap ada selera makan, tapi banyak yang takde. makan pun awal 4 bulan tu memang ke laut perginya. aku pun banyak rehat, banyak baring, dan banyak tido. haha. teruk gila, agaknya faktor usia. tapi aku tetap enjoy this moment. 

so far sekarang alhamdulillah dah nak masuk 27 weeks. makan pun dah stabil, cuma penat tu takleh nak cover dah. selalu jugak tak masuk office sebab tak larat naik tangga, boleh?

apapun, doakan yang baik-baik aje untuk kesihatan baby dan ibu dia sekali yek. macam biasa, rifdi la paling excited. kakak kakak dia cool tapi dalam masa yang sama hari hari cium perut ibu.





2 comments:

  1. bestnya boleh tak masuk opis sebab tak larat naik tangga...
    aku ni rumah tingkat 4. kalau tak larat naik tangga, tak balik rumah la aku. hahaha...
    gambateneh... dah nak new year..

    ReplyDelete
    Replies
    1. gambateh untuk ko jugak ye.
      aku doakan ko bersalin 1 Februari 2016. taknak 31 punya pasal.

      Delete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...