Visitor

22.12.15

ber-asap

ada satu hari tu, dah petang. aku bawak anak aku pergi drive thru mekdi semata-mata nak tapau bubur nasik. masa tu haifa sakit tekak dan tak bleh makan. hasya pulak hidung tersumbat. sebab diorang lapar tapi tak bleh makan, so dalam kepala otak aku nak sumbat bubur aje.

masa balik tu, kereta ngam ngam stop traffic light. tiba-tiba rifdi tegur,

"ibu! kereta tu ada asap!"

memang cemas gila. aku pun pandang kereta iswara aeroback sebelah aku. haifa dengan hasya yang tengah mamai mamai tu pun bingkas bangun sebab terkejut tengok. gila babi punya berlambak asap. aku dah takut buatnya meletup kang, mintak simpang oih. tapi skejap aje. pastu asap dah gone, sekonyong-konyong aku nampak penuh bebudak lelaki ni gelak kuat dari dalam kereta tu.

hah. memang babi. korang isap vape rupanya.
berdebar aku tau. rasa nak letupkan pulak kereta korang tu. cis.




No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...