Visitor

23.2.16

February, the month of love.

dah 34 dah pun hero aku ni haaaa....


20-02-1982
"Happy birthday, abang. I wish you to fly high and follow your biggest dreams!.
You are so essential to me that I cannot imagine my world without you.

Sometimes we fight, but quickly we make up,
We share our dreams and secrets over a tea cup.
You’re my best friend, but also a guide,

You are the man in whom I always take pride."
.


walaupun birthday jatuh hari sabtu tapi tetap takde something special untuk birthday boy. dalam kepala hotak aku ni cuma terpikirkan mauripan aje. kahkahkah. tak guna betul. masak untuk lunch pun biasa-biasa je. takde special.

cuma hari ahad tu kebetulan pulak petang tu ejang pergi office dia buat kerja, anak aku pulak pergi main basikal kat taman, lepas tu aku dah selenga macam kain buruk kat rumah, aku pun decide buat kek. maka malam tu terhasil la satu kejutan (konon) untuk ejang. kahkahkah. acah sweet sangat mak buyong ni.

eh masa rifdi datang bawak pinggan isi kek tu ejang buat derk aje tau. takde tanda teruja ke apa. haha. tapi sebab anak aku dah jerit-jerit suruh potong kek baru dia bangun potong. kata ejang malam tu, "saya ni tak suka kejutan sebab saya taktau nak respon apa"..hahaha!

orange cake with topping
kek pun kecik. padan la 2 potong sorang. hehe.
selang 2 hari dari birthday ejang tu, tibalah hari ulangtahun perkahwinan kami pulak yang ke 8. hiks. miauuu.



22-02-2008
"One day you came into my life,

You were a stranger and then you became part of me.
Thank you for everything, my dear,
Happy wedding anniversary!"



so semalam aku saje buat surprise kat ejang. kebetulan aritu ada satu kedai ni baru buka, dia buat khidmat delivery florist & gift. maka aku pun guna la chance ni nak surprise kan cik abang i ni. lantaklah dia nak cakap tak suka surprised ke apa. i dah order lama okayh. (walaupun dalam hati dah bimbang laki aku buang ke campak ke barang yang sampai tu nanti)..

tadaa!!-
ala comel. petang tu whatsapp dengan owner kedai yang bertanggungjawab tu, dia cerita masa delivery tu belon boleh pulak pecah time sampai office ejang. memang surprise habisla semua orang kat situ. haha - tapi mujur ada belon lain boleh ganti.

ikutkan gini la rupa asal belon yang sepatutnya. kihkihkohkoh.

masa ejang whatsapp kat aku bgtau ada surprised tu, siap dia komen.."macam macam la awak ni"..hahahaha. aku gelak ajelaaaa..

jangan marah ye banggg..lebiu la bangggg...


budak budak pun excited. belon dapat, coklat pun dapat.
:)

meriah kan. ok, tak sabar nak meriahkan lagi rumah ni.


No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...