15.2.16

Selamat Ulangtahun Kelahiran Yang ke 69, Abah!

sebab aku ada di Kuantan masa tu, aku pun ajak ejang pergi beli kek Secret Recepi untuk birthday abah. hihi. kejutan!!

sebelum tu abah aku dah disambut oleh orang ramai yang hadir masa kenduri anak sepupu aku. bertuah abah aku hari tu, pengantin yang suapkan kek kat dia. tapi sebak pulak sebab abah aku menangis masa kat atas pentas tu. touching aku weh!

so, balik dari kenduri tu anak aku semua naik kereta dengan abah. diorang memangla kalau jumpa atok abah dia, memang tinggal aje aku ni tau. haha. yuyu dengan dhiya ikutla aku ngan ejang balik, dan kitorang balik tu buat surprise kat abah.


A video posted by ddjaafar (@ddjfr_) on





abah ni cute tau. umur 69 pun dia masih sweet, sihat alhamdulillah, dan manja dengan mak. ko tengokla, aku selak selak datang selfie ngan abah, abah tetap carik mak nak bergambar peluk.

semoga abah sentiasa kekal sihat, diberikan kesihatan yang baik untuk beribadah, diberikan kebahagiaan dunia dan akhirat, diberikan kesenangan, dan doa ida untuk abah dah tentu yang baik-baik aje untuk abah. abah adalah sumber inspirasi ida sepanjang hayat kerana abah la insan terbaik dan teragung dalam diri ida selepas mak. sayang abah. (terus sebak).

No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

POPULAR POST