Visitor

24.2.16

36 weeks

hari ni dah genap 36 minggu baby dalam perut cute i ni.
oh, kau ingat aku tak seram bila dah cecah 36 minggu ni?

sebenarnya kalau ikutkan sejarah lepas lepas, Rifdi dengan Hasya keluar masa diorang 36 minggu ni la. Seingat aku macam hari ni 36 minggu, semalam aku dah warded sebab doc nak baby keluar time 36 minggu tepat. dalam erti kata lain, aku kena serah diri untuk bersalin paksa since dua dua tu aku kena amik insulin (dasat gila diabetis masa tu). cuma rezeki kan, alhamdulillah kedua-duanya keluar normal, cuma ada masalah uri lekat. kata doc sebab baby belum sepenuhnya matang. ikutkan baby matang bila 38 weeks. patutlah Haifa aritu mudah. 40 weeks oih, contraction pun sekejap aje. Jaundice pun takde. alhamdulillah.

so, bila difikirkan semula, aku dah mula dilanda keseraman. Panicking for no reason.

Sebenarnya, bag aku sendiri pun aku tak packing lagi. Untuk baby alhamdulillah dah standby satu beg yang ada 5 pasang baju, 2 kain lampin, mitten & booties, snowcap, dan...err, alamak. Diaper dengan wet tissue tak beli lagi. ah, panik pulak dah.

bag aku je masih belum selesai. tetibe aritu macam dah standby kain batik 2 helai, lepas tu memikir pulak eh, aku nak angkut bag mana ni? serius aku pun tak paham apa teruk sangat panik ngarut aku kali ni. hoh.

hari ni pun check up dan scan di KK,  insha Allah. harapnya semua berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. haihhhh..bertahan dd.


pusat pun dah mula tersembul.



No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...