1.11.10

resepi pancake

nampak tak ni?






maka,terliur tak?
tiba-tiba terasa nak belajar buat pancake.


dari mana datangnya idea ini?
....
oo,sebab aku tengok iklan McD - breakfast punye.
nak beli memang tak dapek la pasal kt sini takdek McD.
kalau balik kuantan pun,takdek keje aku nak gi McD pepagi hari semata mata nak makan pancake.


so,aku dah search resepi.dan aku rasa aku jumpa resepi yang paling mudah dan rasa cam memang mudah lah!


nak share?..jom!
aku pun amik dari sini.hehe..
tQ ye tuan tanah.


Bahan:

Bahan A
Tepung gandum 1 cawan
Baking powder 2 camca

Cream Tartar 1 camca
Garam sikit
Gula 2 sudu

Bahan B
Susu 1 cawan (aku guna susu dutch lady dalam botol tu)
Telur 1 biji
Mentega 2 camca (dicairkan)

Cara-cara:

1. Gaul bahan A dan B dalam 2 bekas berasingan

2. Kedua-duanya dah rata/sebati, campur bahan A dan B tadi dalam 1 bekas

3. Gaul bahan tadi. Siap untuk dimasak!

4. Panaskan kuali, sapu mentega sikit.

5. Sendukkan la bahan tadi ke dalam kuali panas. Buatla saiz sebesar/sekecil mana yang suka. Aku suka kecil2, kiut! Agak-agakla masak macam mana. Nanti makan tepung mentah pulak. Jangan salahkan resipi ni!

5. Dah siap, boleh makan begitu sahaja sebab dah manis. Nak letak jem ke mentega ke madu ke semua boleh. Aku suka whipped cream. Yummmy!

6. Kalau nak letak siap2 kaya/coklat/jem/peanut butter dalam bancuhan tu pun boleh jugak. Time senduk masuk kat kuali tu, letak la bahan yang digemari. Ataupun ada juga resipi yang letak pisang yang dah dilenyekkan ke dalam bancuhan, gaul sekali. So namanya Pancake Pisang . Bila nak makan nanti, tak perlu cicah-cicah. Semua dah ada kat dalam tu.


-
-
-
-
ok.terus rasa nak balik umah pegi buat sekarang je.


dush!

No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

POPULAR POST