Visitor

27.11.12

haifa #22 : she's turn 2!

sejarah norhaifa rafissa : 11 / 11 / 2010

baru 2 tahun lepas rupanya aku beranakkan haifa. aku rasa macam dia dah lama lahir sebab dia sangat petah bercakap.dudukla dengan dia.dia sangat matang.dengan sifat penyayangnya,dengan hangin dia,dengan klakar dia.aku rasa siapa yang duduk dekat dengan dia senang tertawan.cuma dia la yang kena tunggu panas baru boleh berbaik dengan orang.

haifa juga sangat aktif.kadang-kadang aku yang penat tengok dia yang non-stop bergerak.sampaikan pengasuh dia pun boleh kata haifa senyap time tidur je.tu pun tengok dia tidur pun sama macam tak tidur.bercakap.boleh gelak lagi.serius tak paham. --"

kalau bercakap memang boleh buat kita yang tengah marah ni nak gelak.takpun boleh tambah rasa nak marah.satu hari tu haifa tengah main dengan abah dia.sekali abah dia tertidur.
dia pegang tangan abah dia,tapi abah dia dah no response.masa tu aku dengar haifa cakap;

"alamakk.abah tido la pulakkk".

see.sampai tensen pun ada layankan dia bercakap.macam mak nenek.dengan sikap dia yang rebel.fuh.memang aku banyak-banyak bersabar dengan dia.sampai aku pernah menangis sebab dia.

tapi aku cukup touching dengan satu sifat haifa.seganas-ganas dia,satu hari tu aku mengalami konflik jiwa yang sangat teruk.aku menangis seteruk-teruknya depan anak-anak.aku tekanan sangat time tu.
haifa datang pegang muka aku,pandang aku,lepas tu dia peluk.sweet giler!lepas tu agak-agak dah cool down,baru dia lepas blah pergi tengok kartun.
lepas tu aku nangis lagi.dia datang lagi,peluk aku lagi.ahaiii.dia memang matang.

sebelum aku buat ayat yang lebih skima dan buat rencana am lebih panjang,baik aku letak terus gambar-gambar haifa.aku dah rasa ayat aku lebih dasat dari buku teks darjah 5 dah ni.pembawakan betul.


kakak kawasan


didikan seorang kakak kepada adiknya





semoga jadi anak yang baik dan kakak yang awesome.



٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

2 comments:

  1. haifa anak november. patutlah awesome!!! hahahaha...
    aku mcm terharu plak time ko citer yg dia dtg peluk ko tu.. T___T

    ReplyDelete
  2. ye.awesome.besar nanti mesti macam ko.hahaha...

    aku pun nangis lagi kuat masa dia datang peluk tu.terharu betul.

    ReplyDelete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...