30.11.12

hasya #3 : 10m

19/11 baru ni hasya genap 10 bulan.
dah besar budak ni.bercakap ke main lagi.kalau carik kakak dengan abang mesti "ane?ane?".

mulut becok boleh tahan.mampu menyaingi kakak tercinta barangkali.aktif jangan cerita la.katil rendah kat umah kuantan semua dia berjaya panjat dan naik.maknanya turun naik tu makanan dia je.

kalau aku sampai rumah,aku letak je depan tv,sekali imbas je nampak dah sampai dapur.port paling best adalah bilik abang dengan kakak sebab boleh berdiri tepi katil sambil tarik comforter.agaknya kalau pandai bercakap mesti dia sebut "tadaa!".

kalau letak dalam walker pulak port terbaik pergi dapur dan hadap kabinet.pastu pandai dia la nak pilih laci mana nak tarik.suka hati dia.kalau time aku bukak fridge pun dia suka.dia nak jugak duduk depan tu sambil merasai nikmat kesejukan di situ.sambil tangan mencuba mengambil segala apa yang ada dalam tu.haip!dah kena tepuk tangan gebu tu.

paling aku tak larat adalah time menidurkan hasya.minum susu,bangun.sambung minum susu duduk,pastu buang botol.pusing katil,amik semula botol dan baring.buang pulak botol,bangun pulak.lepas tu pusing katil atau merayap-rayap atas badan dan baring.bangun,carik botol dan baring.dalam masa setengah jam selepas itu baru berjaya dia tidur.ataupun mata dah pejam,nampak nak tidur sangat dah ni tapi lepas tu buat magik,bangun dan duduk!dan mari berjaga semula.

haih.penat toksah citer la.tu belum lagi tengah nak tidur kakak atau abang masuk bilik pastu kacau adik tidur.lagi la rasa macam tetiba nak bertukar jadi incredible hulk.tapi sebab takde langsung gen pelik gitu,maka paling hebat pun ibu dia membebel bising.tu je yang mampu buat.

paling hasya suka adalah makan.tak kira la makan apa.nasik,roti,biskut,tab,henpon,dan segala apa objek yang dijumpai.masalah betul.berlari-lari la aku andaikata nampak dia macam seronok je mengemam dan mengunyah sesuatu dalam mulut.so far,alhamdulillah takde lagi menda pelik yang dijumpai.

teringat plak haifa masa baya hasya.aku bagi susu dia taknak.bagi roti dia taknak.sekali bukak mulut rupanya tengah kunyah getah rambut.ya Rabbi.sebab tu aku cukup berhati-hati dengan pin baju atau pin tudung.jangan terjatuh atau tertumpah.bahaya giler!

muka bangun pagi

suka join kakak & abang layan cartoon

shedapnya

geng makan saje

hobi paling macho

makan lagi

ahli akrobatik.
lepas tu jatuh tersembam sampai berdarah-darah mulut.
T-T

lepas berdarah mulutnya




hah.2 bulan lagi genap setahun.apa lagi kehebatan yang awak akan tunjukkan nanti?





٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

2 comments:

ini kotak komen. bukan kotak romen.

POPULAR POST