Visitor

6.3.13

Resepi : Orange Cake

semalam memang emo.tetibe tengahari kena balik ambik hasya dan tak masuk kerja petang sebab encek ejang emergency ke kuantan.pajero jabatan rosak kat Jabor.pajero tu on the way ke Dungun.ada la dalam 5 bijik kot sebab ada lawatan ke sana.bullshit.malas nak cerita lebih.

sebab dah berdua-duaan dengan hasya,memang sepenuh perhatian la aku curahkan pada dia.sampai tertido gua cakap lu!lepas tu bila dia dah tido gua jammed.taktau nak buat apa.nak lipat kain takde mood.bukak food network lepas tu berangan nak buat kek.

cepat-cepat google kek apa paling mudah boleh aku buat.yang tak payah pakai mentega/butter sebab takde bahan tu kat rumah.boleh ek?
lepas tu jumpa resepi kek oren kat sini.ingredient pakai minyak.kira settle la tu.lepas tu pakai buah limau sebijik.kebetulan rumah gua memang tak putus buah limau sunquist.kira jadi la ni!

senang gila buat kek ni.cuma tak pasti oven aku okay ke tak sebab last aku guna adalah masa pregnantkan rifdi.dan tu pun aku baru guna sekali,aku bakar ayam nak buat nasik ayam.hebatnya aku ni kan?

so,start buat kek dengan macho sekali.

Resepi Kek Oren
amboi besar font hang!

Sebiji buah limau sunquist (separuh kulit diparut) - tapi aku tak parut.sebab takde pemarut.
3 biji telur
1/2 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
**Bahan-bahan ni aku blender sampai kembang dan betul-betul hancur

2 cawan tepung gandum
Baking powder

Dan aku tambah sesudu sunquick -- patutnya aku tambah lagi sesudu.baru kaw rasa oren tu.

Cara buat kek :
1. Gaul bahan tadi seadanya sampai betul-betul sebati.
2. Panaskan oven selama 5 minit -- masa aku on plug oven,boleh plak elektrik tendang.hahaha.aku try sekali lagi dan everything is fine.takut jugak -- ohye.lepas tu setkan suhu kepada 170 darjah celcius dengan masa 45 minit.
3. Masukkan kek dalam oven dan .... tunggu je hasilnya.

Bau jangan citer la.memang wangi semerbak!


sebelum bake.loyang kemain besar.
dah masuk oven aku tunggu je
TING!
ok.dah siap baked.berdebar-berdebar.
hasilnya
TADAAA!!
kira jadi jugakla.aku risau kek ni taknak naik je.
aku bagi hasya semalam first slice tu nampak makan dengan bestnya.nak lagi.bagi slice kedua,aku rasa banyak atas lantai lagi dari masuk dalam perut.gua bersabar saja.
kakak aku pulak tengok gambar saje dia bagi 5 star.belum rasa lagi.mesti dia bagi 3 star.wahahaha.bagi aku la,rasa limau tu kurang lagi.maybe limau aku dah tak berapa juicy dah.dahla aku letak minyak tak sampai separuh cawan.maybe tu penyebab kek kering sikit.dan manis pulak bagi aku.patut aku kurangkan sikit gula.kott.hihi..
tapi aku suggest korang try la sebab senang gila.aku boleh buat time anak tido,apetah lagi korang yang free tu.boleh try dan memang sedap.ayat perasan.
aku bawak ke office tadi diorang cakap bleh tempah la kalau camni.wahaha!



    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

2 comments:

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...