Visitor

13.3.13

rock ooo!

minggu lepas aku dapat peluang pergi curi-curi dating tengok movie ni.haha.keji betul perangai.




bagi aku,cerita memang la kelakar.lagu rock zaman dulu pun punya laa banyak sampai tahap bersambung-sambung antara satu lagu ke satu lagu.memang rasa nak nyanyi la tapi aku sedar diri.duduk dalam panggung jangan nak over sangat.takut orang belakang simbah air coke nanti.

cerita best.gambar lagi la.berasa sangat termasuk dalam zaman rockers taun 80-an dulu.perghhh.

scene terbaik aku :

1. masa perkenalkan slash (sulaiman).dia pakai kain pelikat je main gitar.smart gila aku rasa sebab aku tau pekin ni memang pandai main gitar.selain tu (realitinya) dia memang boleh main drum dan segala mak nenek instrument.


2. scene berendam dalam video klip lagu Teratai. klakar sebab  lepas tu kena perambat dengan pengawal keselamatan.


3. masa Zul Kapan datang rumah Jijoe nak masuk semula Rimba Bara.masa tu ramai-ramai borak kat beranda.Zul Kapan kata :
'berat mata memandang,
berat lagi bahu memikuli".
nice.


4. Zul Kapan terjaga dari tidur dan bersilat naik sheikh.rupanya lapar.kesian.


5. Jaafar Onn perkenalkan kumpulan SYJ.ahaha.sebijik siott SYJ dulu.haha.paling best part Amy mencelah,

"cantik baju tu.beli dekat mana hah?"




so far itu adalah part yang masih lekat kat otak aku lah.walaupun sebenarnya aku syok tengok performance lagu Suzanna atas jejantas tu.siap bersajak.so 80's okayhh.

cuma ada masa rasa macam best lagi Rock dulu.ada part la.sebab kali ni sebenarnya dia nak fokuskan pada Amy Mat Piah tu.usaha dia nak jugak jadi vokalis Rimba Bara.pendapat aku sepatutnya kali ni Mamat Khalid bagi la chance Amy tu dapat jugak jadi penyanyi.sedih aku tengok effort dia nak jadi vokalis.siap belanja Jijoe air nescafe ikat tepi memalam hari.haha.

ewah.memandai je mengkritik.err..lagi.kalau boleh pelakon tambahan pun ambikla orang yang mantop mantop sikit ye abang Mamat.ni chenggay si Slash tu pun entah sape-sape.apatah lagi chenggay Zul Kapan.

watak semua ada peningkatan.

1. Amy Mat Piah yang masih entah hapa-hapa dia tu.scene nangis sebab tak dapat jadi vocalis tu memang takbleh blah la.dengan baju senteng nampak perut.haihh.

2. Jijoe masih dengan kann..kannn..kannn dia.watak dia kali ni memang abang-abang la.

3. Black dah banyak bercakap! -- walaupun aku tak paham apa dia cakap.hehe.

4. Watak paling i suka laaa -- Slash! walaupun dialog dia cuma "gua okay je".

5. Ada Pyan Habib.memang rasa kembali zaman dulu.series.


ohye.ada lagu baru Rimba Bara.lagu nyanyian Khir Rahman tapi Amy Mat Piah yang cover baekkk punya.


gila.aku siap tunggu part ni dalam movie.rupanya takde.ini cuma videoklip.

komen aku : tengoklah citer ni.jauh bagusnya dari cerita Wawa Semput.




"Ada 3 benda yg boleh meruntuhkan sesebuah negara.
1. Rasuah
2. Tak menepati masa
3. Chenggay." 


- Jijoe Alfonso Pareira Abdullah.


p/s : lama gila tak tulis entry panjang sebegini.
p/s/s : cerita ni buat gua teringat arwah abang gua je.


    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

4 comments:

  1. yeahhh cerita ni best kan? dah tgk minggu lepas

    ReplyDelete
  2. best la.cuma boring sket kalau compare dengan yang pertama.

    biasa la tu kannn

    ReplyDelete
  3. sampai sekarang masih teringat lagi movie ni..best, penat ketawa

    ReplyDelete
  4. @zakiah,

    ye.mmg penat ketawa..

    ReplyDelete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...