Visitor

20.11.13

Lawatan TADIKA Rifdi

stok entry kepam lagi.

banyakkan aktiviti sekolah rifdi?

alkisahnya,masa rifdi warded tu cikgu datang melawat.sambil tanya nak join lawatan ke kuantan tak?sebab cikgu nak booked tempat.oklah tu.aku pun cakap kat cikgu ok je.bagi la chance rifdi berjalan dengan kawan kawan dia.

sekali masa aku nak bayar,rupanya dengan penjaga sekali kena pergi.bayarlah rm80 sebab 1 kepala rm40.eh..pakej tu.siap tambang bas,tiket masuk muzium dengan tiket masuk Gambang Water Park.berbaloi baloi sangat dah tu.

pagi sabtu tu,geraklah kitorang naik bas jam 7.00 pagi ke kuantan.rifdi excited sangat.eh,kebetulan pulak ejang balik rehat,so mintak tolonglah pada suami tercinta tolong jagakan 2 puteri beta tu ye?kihkihkih.


dalam bas.
are we there yet?
jauh lagi rifdi oiii..tido la dulu.
sampai Sungai Lembing.sebak pulak nampak Jambatan Gantung, Gua Charas, anak sungai...sebab tu port aku zaman form 3.ada rombongan kelab beruniform.ahhhh..rindunya masa tu.masa berat tak reti nak cecah 40kg.
so,destinasi sebenar kanak kanak tadika tersebut adalah di sini.
rifdi dengan salah seorang tenaga pengajar di tadika.
kak nora.rifdi suka sangat mi goreng akak ni.

terowong

an old typewriter.
epik.


belakang tu adalah fire extinguisher 50 years ago



rifdi & kawan kawan





tak lama pun dekat muzium tu.sebab kecik je.ikutkan ada yang nak masuk terowong.tiket rm15 tapi kalau dah 2 orang,mahu rm30 jugak.aku dahla bawak rm50 je.wakakakaka.so,terus la kitorang ke Bukit Gambang Water Park pulak.




tak larat aku nak melayan rifdi.dalam pada mak budak lain puji rifdi tak banyak karenah,sekali sampai je Gambang Water Park,rifdi mengamuk.haaa..kan dah nampak rifdi punya true colours.

kesnya dia cakap dia dah panas,nak mandi.padahal time tu kitorang baru je tengah parking nak lunch break dulu.hadoiii..nak terbalik bas tu dia amuk.aku pulak hentam makan je.malas aku nak layan.nasib baik cikgu ada pujuk rifdi.cikgu cakap,abang kena la makan.nanti nak macam mana nak main air kalau tak makan.

lembut je cikgu pujuk.kalau aku,tak reti nak berlembut ni.rasa macam jadi pondan.


korang tau rifdi panggil water park ni apa?
haaaa..dia kata,
"yayyyy.abang dah sampai tempat lego (legoland)".oloh.berangannya.


sebelum masuk waterpark,kita layan dulu rifdi ni.






dah masuk,takde maknanya la nak amik gambar.segalanya aku sumbat dalam locker.aku nak beriadah sepuas-puasnya.miahahaha.

2 jam jugak kot kitorang berendam.rifdi dah ketar ketar panjat tangga nak sliding dalam air.tu pun kuat lagi semangat nak main air.sliding yang tinggi naik berlapan tu pun dia hentam naik jugak.siap ajak repeat lagi.hah.berani tak beraninya anak aku ni.


dah nak balik.muka pun dah penat.

apa menda ni ibu?

jappp..jappp..ibu tunggu orang lalu ni.nak mintak tolonggg...

...tolong snap!
hihi.



hehe.terima kasih stranger.
gigih sangat aku nak bergambar kat sini.nak tau kenapa?

-
-
-
-
-
aku nak compare ni.
hahahaha.
zaman pergi Gambang tahun 2010.rifdi baru nak pandai berdiri.kakakakaka.


balik tu,rifdi dah lembik.ngantuk.aku pun biarkanlah dia tidur.sampai dekat Temerloh,aku pegang dia aku rasa badan dia dah panas.demam pulakkk dahhh..

kesian rifdi.

No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...