30.12.13

end of 2013

tadaa!

seminggu aku cuti.kali ni aku cuti memang berjalan sampai hazab kaki dengan wallet.dari pergi family day opis, sampai pergi family day sendiri sampai last-last lepak rumah family.sampai aku rasa pening lalat sikit sebab rupanya baju dengan barang sekolah rifdi satu habuk pun aku tak beli.

duit nak register sekolah pun aku bleh lupa nak saving.hantu punya emak!

ok.nak flashback sikit.

1. Jumaat lepas punya lepas, opis aku buat family day kat Kuala Selangor-Klang.kenapa sampai dua tempat? sebab kitorang stay kat motel depan Bukit Malawati,Kuala Selangor.tapi aktiviti semua buat di Perpat Resort,Klang.AWESOME kan?dapat motel yang tak berapa nak sejuk siap bau ubat gegat memenuhi ruang bilik.lastday aku duduk situ,aku selsema plus sakit tekak.allergic gila hoi.

2 bijik bas

2. Ahad balik,isnin tu aku ke Melaka pulak.dah janji dengan family alang (bff ejang) dari awal bulan dah.so,kat melaka kitorang stay kat rumah adik alang.kebetulan adik alang dah pindah,so rumah tu kosong la.sebelum kena jual baik kitorang lenjan dulu.rumah semi D,besar gila hokey.tanah lapang,kabinet dapur memang solid habis.kalau aku ada rm500k on the dot aku beli dah! ..miahahaha.lepak melaka dari isnin sampai khamis.gila tak gila la.tapi satu souvenier / belacan / cencalok pun aku tak beli.takbleh berenti sebab kalau berenti,konpem anak anak aku dapat mainan sorang satu.setiap tempat.percutian sehabis bajet okay.

3. Khamis tu terus balik rumah MIL.heaven walaupun duduk dalam rumah tongkang pecah.ala..kan baru lepas banjir.ingat senang ke nak kemas balik?itu aku cuak dengar akan ada second wave.eh.first wave pun tak habis kemas lagi tau.tapi yela,kalau dah ketentuan Tuhan tu,terima jela seadanya.duduk rumah mak dah tentu duit tak habis.miahahaha.makan saje.sabtu baru kuar bawak anak anak outing.rifdi la berhajat sangat nak McDonald's.lagipun memang nak ajak dia keluar pun sebab nak pergi bawak dia gunting rambut.nak masuk sekolah dah kan?ahad nak balik jerantut baru singgah rumah abah kejap.mak takde.gi KL sebab hilangkan frust takjadi pergi umrah.tarikh postpone ke 11/01/2014.




so hari ni masuk keje memang mood susah nak on sket la.
asek pikir nak tambah cuti je.hahaha.



No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

POPULAR POST