19.12.13

throwback

godek email yahoo semalam,baru aku perasan ada satu folder.

folder lama di mana ada email antara aku dengan sorang sahabat lama kat opis lama.mesej mesej lawak pakai email,tapi bila face to face mesti gugup.haih.kalau dah gugup gitu dah tentu bukan seorang yang sama jantina dengan aku la ye.rindunya aku pada dia sebab jiwa kitorang memang ngam.ishh..

lepas tu jumpa pulak folder gambar dengan geng ketat aku.hoih.friendship kitorang masa tu memang best gila.

boleh naik kereta Satria sampai 6-7 orang sumbat dalam tu.
pergi makan nasi kandar / keropok / ikan goreng tepung kat port kuantan.
forward email lucah kat kawan kawan.
mengumpat dalam outlook.
berebut password nak guna internet.(password wandy la mangsanya).
OT sampai malam takpun OT hari cuti.
keluar malam malam makan kat Marina Ikan Bakar, Tanjung Lumpur.
pergi Kemaman tengahari time lelaki solat Jumaat.

best.
aku rindu korang yang bahagiakan hidup aku sebagai seorang perempuan yang membesar di Kuantan.


abaikan isyarat jari tu.maafkan dia ok.




rindulah.

p/s : kitorang masih aktif bertekak sesama okay.tapi dalam group whatsapp la.

aku-mas-una-pejoy-hatta-maizi-ijan.
tak lupa jugak senior kami,wandy.


No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

POPULAR POST