5.12.13

Pray For Kuantan

ahad baru ni,aku balik ke Jerantut dalam hujan.semua anak mak balik ke destinasi masing-masing.

Isnin.
masa aku pergi kerja mak mms gambar ni.

7.00am.
rumah mak banjir!

memang hujan nonstop hari tu.ingatkan area daerah aku je,rupanya air kat Kuantan dah naik tinggi.rata rata update di facebook bagitau air makin naik di Kuantan.teruk!

tengahari tu,hilman call aku bagitau air dah masuk dalam bilik aku.tilam semua dia dah selamatkan tapi terlupa betul katanya baju rifdi dalam laci bawah.memang basahlah.takpela hilman,baju je.nanti boleh basuh semula.

dah nak petang, hilman call lagi bagitau air makin naik. makabah semua dah kena pindah.Allahu Rabbi.hilman kata air dah paras pinggang dia dalam rumah.memang terkejut aku rasa sebab biasa rumah aku paling bangsat pun air cuma cecah buku lali.maknanya banjir kali ni memang besar.

memetik kata-kata yang aku post di instagram & facebook :

kau bayangkan dalam rumah petang ni air dah tinggi tembok tu.maknanya laman rumah abah air mungkin dah cecah ketinggian aku.mak abah dah selamat pindah ke dewan.semoga bencana alam ni cepatlah reda.dan semoga semua mangsa banjir selamat semuanya.


malam tu,air naik tinggi.makabah aku dah selamat pindah ke surau KPTM, betul betul depan rumah makabah.telefon semua battery dah flat, memang kalau ikutkan dah lost connection dah aku dengan mak. last mak call bagitau aku dia ada kat surau.kepala pening, siap muntah lagi sebab terkejut cemas nak jatuh tangga masa angkut barang. abah aku pulak kaki dah cramp sebab dari malam tadi berendam dalam air angkut barang sikit sikit ke atas siling.

lepas tu terus aku dah tak dengar suara mak, suara hilman, suara abah...ya Allah.ya Allah.sedih jangan cerita la.aku ada kak ina je masa tu.dia banyak update cerita kat aku.dia kata makabah tu duduk kat surau yang bukan penempatan mangsa banjir.jadi bekalan makanan takde.susahnya hati.harapnya esok Kuantan kembali macam biasa.

Selasa.
kalau tengok update di facebook,rata rata bagitau Kuantan air makin naik.kalau gambar tu, bikin aku menangis je.nak nangis dengan aku?..meh check kat sini.(KLIK)

kebanyakkan tempat naik air.taktau nak update apalagi dengan mak.tapi kakak aku kata mak cakap takpe.dia okay kat situ.bekalan makanan abah aku yang carik guna bot dia.hilman la banyak bantu abah.mak cakap lagi, kat surau dia stay tu semuanya orang kampung jiran tetangga.so senang.abah beli barang,diorang masak sama-sama.tandas pun bersih.anak sedara aku dua orang tu pun boleh je main kat court tenis student.kira pihak kolej baik sangat la,bagi bantuan dari segi tempat berteduh dan berlindung.kalau ikutkan dalam facebook masing masing bertekak pasal bantuan tak kunjung tiba.memang frust kalau kita dengar.tapi berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

malam tu aku tidur dengan linangan airmata.mintak mintak semuanya selamat.

Rabu.
pun air masih tinggi.lebih sedih sebab TNB terpaksa tutup bekalan letrik.line telefon celcom dahla macam haram.loji air pun ada planned nak tutup sebab dah takde bekalan letrik.

ejang pergi Maran sebab jkr ada hari Qualiti so,dia terus ke kuantan untuk tengok keadaan makabah, makayah macam mana.kata dia,jalan ke rumah mak langsung tak boleh masuk.memang tak dapatla jenguk keadaan mak.makayah pun dah pindah sebab air kat perumahan tu air dah paras pinggang.tu cerita adik ipar aku la sebab dia yang call kata dah pindah.

Khamis.
alhamdulillah.kak ina bagitau air dah surut.dah paras lutut dah pun.dengarnya barang dalam rumah semua bergelimpang dan abah mintak anak anak balik tolong bantu apa yang patut.dalam hati aku berkecamuk.lega sebab semuanya dah pulih.tapi cuti aku dah habis!..arghhhhhh...

apa pun,terima kasih semua yang banyak mendoakan kesulitan ini.terima kasih.hanya Allah yang mampu membalas jasa baik kalian.terima kasih.






No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

POPULAR POST