Visitor

31.12.13

rifdi #52

lusa rifdi dah nak masuk pra.aku cadang hari ni baru nak beli barang sekolah dia.haha.kejamnya.

okay.memandangkan lusa dah nak sekolah,aku doakan semoga dia cepat-cepat cover pelajaran dia nanti.paling aku doakan agar cikgu fahamlah apa yang dia cakap.err..siapa taktau rifdi sebenarnya masih lagi pelat bila bercakap.aku tak kisah sebab aku juga sampai ke tua masih pelat.cuma makin jelas dan orang pun dah makin faham.hehe.

tapi kan,walaupun rifdi pelat lagi tapi dia sangat kuat bercakap dan bertanya.paling best kalau dia nak bagitau something,tapi dia bagitau kita : contoh "ibu..abang nak tanya".
tapi bukan tanya.dia cuba nak bagitau,or mention or bagi statement.

banyak dialog lucu dia yang aku takbleh blah nak jawab or balas.kalau pikir balik nak gelak pun ada.nak marah pun ada sebab terasa macam bangang betul kenapa aku takbleh jawab time tu.

satu.
berhenti di sebuah masjid.rifdi pun mula soal aku.

rifdi : ibu.masjid ni kena air (banjir) tak?
ibu : tak.sebab dilindungi Allah.
rifdi : kenapa Allah tak lindungi rumah?

speechless.terus aku buat-buat pengsan.


dua.
semenjak tahu McDonald's Jerantut dah dibuka malam ahad lepas,terus rifdi keluarkan statement.

"lepas ni kita boleh makan mekdonal dengan kfc dua dua!!"

emak kau!


tiga.
sebab rifdi tak puas hati dia anak siapa (anak abah atau anak ibu),maka aku pun cerita laaa.

ibu : dulu abang (rifdi) duduk dalam perut ibu.lepas tu abang keluar,adik haifa pulak duduk dalam perut ibu.bila adik haifa keluar,adik hasya pulak duduk dalam perut ibu.jadi,dah tentu la semua anak ibu.

rifdi : ohh..sebab ibu minum susu kan?sebab tu ada baby dalam perut ibu.

aik?

rifdi : abang nampak dalam tv.ibu dia minum susu terus keluar baby.

ok.iklan susu pregnant mommy la ni.



banyak cakap!
tapi ibu suka.haha.




No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...