17.6.10

aku dan tugas tugas berat mata memandang

sape kata keje gomen ni keje goyang kaki?
sape cakap gitu memang nk kena penampar jepun orang jepun.aku orang melayu pandai makan pulut panggang je =) ok.mungkin sbb pagi tadi aku makan kuih ni.tu yang merapu kuasa dua.

kat opis aku sekarang masing-masing bz bee.banyak giler aktiviti musim ni.
selain dari opis kena mulakan sistem 5S (ini sistem datang dari negara jepun - oraitt,jepun lagi).segala gala kat opis kena tagged.ingatkan kat facebook ngan blog je ada tag tag ni.rupanya kat opis pun ada.tempat letak pensil pun kena tagged 'pensil'.lampu, almari, meja, pc, printer, suis lampu, cpu, speaker, telefon, kerusi, meja, tiang *ok..cukup cukup* semua nak kena tagged seolah-olah orang yang datang taktau semua menda tu dipanggil ngan nama lampu, almari, meja, pc, printer, suis lampu, cpu, speaker, telefon, kerusi, meja, tiang *ok..cukup cukup lagi*

tak cukup ngan sistem baru, kami geng geng teknikal plak wajib join group KIK (dulu dikenali sebagai KMK).apemenda KIK tu?
itu adalah shortform utk Kumpulan Inovasi Dan Kreatif.yang ni plak bertujuan utk buat group dan create satu kaedah baru yang bleh bantu melaksanakan tugas bahagian teknikal dengan lebih mudah.contoh opis ktorg ni, ktorang mencipta satu alatan untuk membina longkang V type 2.apemenda tu?
hah,xpayah la korang tau.ni semua kena masuk bertanding.aku takut nanti ada orang tiru..bahaya!~*Urusan Kerajaan*

aku sbg setiausaha yang comel comel ni kena la siapkan paperwork & minit mesyuarat.everyweek kena buat group meeting.baru baru ni,atas permintaan encek hubby (ehh..korang taktau ek dia pun satu opis ngan aku?..hekhek.dia pn kena masuk group jugak)..dia suruh testing alat yg ktorang create tu kat tapak.maka ari esoknya yakni bersamaan minggu lepas,kitorg pun beramai ramai mencari longkang yang seswai bagu tujuan temuramah testing.ahah..malas nk cakap banyak.ni la antara foto foto yang diambil.dan dalam gambar ni korang akan perasaan beberapa perkara penting. sebelum tu, sila jamu mata.

encek encek sekalian sibuk. puan puan lak main main

puan puan yang jadi tukang tengok pemerhati

masih lagi dengan tugas masing masing

sila tekun ye ;)

sempat lagi mengumpat dengan hebatnya

ehh..siap bergambar utk kaver album lagi

pose sebelum balik

ok.perkara perkara yang aku nak sampaikan :

1. encek hubby xdek dalam gambar sebab dia gi kuantan.
(dia yang request,dia yang takdek.baguss)
2. perasan tak?..aku sekadar jadi pemeriah gambar je.hahah.
siap pandang kamera setiap kali kamera menghala ke diri ini.
hahah.sah camera junkies!

dush!

No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

POPULAR POST