26.12.12

kuantan banjir!

Bandar Kuantan banjir!

setiap ceruk bandar air naik.kebetulan hari tu encek ejang keluar pergi Yayasan Pahang bawak adik dia.ceritanya 2 jam kereta jammed di Batu 3 sebab Tanah Putih naik air.lama jugak berlangsung di situ,last-last jalan tutup.

sesiapa yang bekerja area bandar hari Isnin hari tu memang jadi reporter bertauliah la.mula-mula aku dapat tau area CIMB Megamall naik air.tu pun berkat ehsan dari instagram.tak lama tu berdoyon masuk gambar hapdet bersama via fb,whatsapp,instagram..fuh.memang dasat.

alhamdulillah rumah mak tak teruk macam dulu-dulu.tak tahu la lepas ni kan.tapi air banjir yang sikit tu la yang kemain lagi anak-anak aku suka sangat.first time dapat main air.

hujan non-stop dari malam tu.
nasib tak datang sekali dengan air pasang.

mangsa banjir.AHAHAHAHA.
aku baru je pakaikan sweater kat bebudak ni.
amikkan gambar.lepas tu masa aku mandikan hasya,lepas tu 
pelik kenapa rumah mak senyap sunyi.
"mana budak mak?"
mak pun jawab -- "tuuuuu"

ye.mereka sedang berseronok main air hujan plus air banjir.
sebab jarang sekali dapat peluang gini,aku biarkan saja.
ghasakkk...



see.see.
sampai posing lentik abang rifdi ni.


main sampan abah pulak.

kesian budak ini.

semua dah naik.tidur.



harapnya air tinggi macam ni jela.dulu-dulu air sampai masuk rumah.tak sanggupla dengar air naik lagi.kesian kat mak abah yang berdua beromantik kat rumah tu nak punggah barang bagai.semoga semuanya baik-baik sahaja.

BANJIR 2009 dulu.




٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

4 comments:

  1. ini rumah area mana kat kuantan?

    ReplyDelete
  2. nasib la rumah dd ok je kan. shida tengok gambar bandar kuantan teruk juga kan

    ReplyDelete
  3. fifie;

    area batu 5.kalau tau kptm/dewan mat kilau..ha.rumah mak dd kat belakang tu.

    ReplyDelete
  4. shida;

    aah ye.biasa sebelum ni air masuk sampai lantai atas.sampan sampai parking dpn pintu rumah.alhamdulillah kali ni dd balik air tak tinggi mana..

    ReplyDelete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

POPULAR POST