13.12.12

traveling & meeting

wow.

nowadays memang i sibuk sangat.tengok sampai dah ter-i pulak dengan uolls.hari-hari ada meeting sampai gigih menipu kata ada hal.*tak baik*.bukan apa,nak siapkan kerja sebelum tutup akaun.tapi selasa hari tu aku pergi join meeting yang selalu aku tak pergi iaitu meeting masjid di Kg. Kuala Sat.

untuk pengetahuan uolls yang taktau,tempat ni berada di belah hulu dan kami perlu naik perahu untuk ke sana.wow.sila jangan terkejut.memang thrill sebab kali ni pergi balik hari.selama ni yang aku tak join adalah sebab bermalam kat sana.oh.kalau bab bermalam memang kena fikir 2-3 kali.ibarat kena buat mesyuarat dengan suami.

jam 7.30 pagi kitorang dah gerak secara konvoi ke Kuala Tahan.so,dalam 9.30 pagi baru mulakan perjalanan menaiki perahu.bigboss bawak 1 family dia bercuti,so semua mengikut pergi site sekali.begitu juga boss aku.dia bawak 2 heroin dan isterinya.so,senang cerita 2 bijik perahu jugakla kitorang sewa.ngahaha.

yay.dah sampai kuala tahan.

bismillah...




dapat melawat site yang tak pernah tahu ada projek kat situ.
projek naiktaraf jambatan gantung.
T-T teruknya aku. 

dari atas jambatan gantung

bigboss merasai naik jambatan gantung.


mari kita gerak ke site sebenar.


perjalanan ambik masa 2 jam.berkematu vontot gebu i ni duduk dalam bot.sampai habis seplastik rambutan aku hadap.so,sampai-sampai Kampung Kuala Sat,sedang elok azan Zohor.makanya,kami jemaah beramai-ramai.dan buat jamak terus.

see.
sampai sakit tekak aku belasah rambutan gading yang besar godang.


lepas solat,kami dirai dengan MAKAN!


anak boss gua.dalam banyak-banyak lauk,dia makan
telur goreng dadar je.hahaha.

dan the best adalah ini :


patin & ubi kayu masak tempoyak

gendang gendut tapi kecapi.
kenyang perut terus kena masuk meeting.

orang lain pulak pergi main air.jeles gua.ketar je kaki ni nak join orang main air.brrrr...

so bila siap je meeting,tak agak-agak aku berkejar ingat sempat nak terjun sungai.tapi rupanya dah tak sempat.orang yang main air semua dah siap tunggu nak balik.haih.

kame kame haaaa!
frust aku takleh main air sampai jadi goku.

perempuan gemuk yang macho

model bot perahu

dan mari gerak balik.time tu dah jam 4.00 pm.

anak officemate yang pendiam gila.
sama macam anak boss yang duduk jadi partner aku.
sampai aku berapa kali on off tab main game.

tengok la boss aku.siap menjala bagai.
dalam hujan petir pun dia masih menjala.

memang dah gelap time ni.
hujan.aku balik basah dengan air hujan.
bukan sebab air sungai kat jeram.


pukul 9.00 malam baru sampai rumah.ohsem meeting hari ni.
cukup.





٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

4 comments:

  1. mcm best je keroje ko ni weh... at least takdela bosan asek ddk di opis menatap pc nan seekor ini.. haha

    ReplyDelete
  2. sangat cool ayat 'perempuan gemuk yang macho' hehehe...suke!

    ReplyDelete
  3. fieza,

    haha.best sbb aku keje dekat ceruk macam ni.dapat merasa naik bot,main air sungai..

    ReplyDelete
  4. ida,


    err...memang sesuai untuk aku kan?

    ReplyDelete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

POPULAR POST