21.3.13

kutu

lastweek,masa ambik hasya,pengasuh dia cerita dapat kutip 2 ekor kutu atas kepala hasya.
haih.bila masa pulak keturunan aku berkutu.aku angguk-angguk dan balik rumah check kepala anak-anak.

sah.aku jumpa telur kutu kat kepala rifdi dengan haifa.memang bengang gila rasa.biasa la beb.mak-makk kan.rasa nak sembur ridsect je kat kepala budak-budak ni tahap nak marah punya pasal.aku agak ini mesti rifdi yang terkena jangkitan ni dulu sebab dia bercampur dengan ramai budak kannn..

so,esoknya terus ajak encek ejang pergi farmasi.nak kena kutu-kutu sekalian alam ni!

masa beli tu boleh pulak pharmacyst tu kata kat aku "minggu ni memang ramai beli syampu kutu ni kak.kenapa ye?".

"musim kot" -- amboi.sedap sangat aku menjawab ye.

syampu brand A Lices.dapat sekali dengan sikat


sampai rumah,aku test sikat kat kepala sendiri nak tengok sakit ke tak sebab sikat plastik kan.sekali cehh.rupanya kepala aku pun ada kutu jugak.aku tunjuk kat encek ejang dia bleh cakap "awak la ibunya".

blerghhhh.

so,sesi bersyampu adalah pada pagi esoknya.jumaat yang mana aku siap ambik cuti lagi sebab nak buat operasi habis-habisan.

rifdi dengan hasya paling senang disyampu dan paling senang sikat rambut.yang kak limah sorang tu hah..amboi.letih bersilat bertaekwando tak bagi dia bergerak-gerak dalam kangkangan aku.haipp.jangan nak imagine sangat.

tapi dalam puas bersilat tu,hasilnya memang aku suka.baby kutu dapatla 2 ekor.telur banyak yang dah pecah.lega hati i.tapi perperangan tak habis di situ sahaja.kena continue lagi kerja sikat-menyikat dalam 3 hari ni.

tadaaa!

amboi.kepala aku dah kena operasi malam jumaat tu dah.encek ejang la jadi mangsa.biasa aku yang hadap kepala dia mengikis kelemumur.malam tu aku plak yang bahagia.haha -- hasilnya dapat jugak baby kutu.telur dah takde sebab malam tu jugak aku syampu.kahkahkah.senang hati dan kepala aku.

so sampai ahad la aku buat operasi cuma takla pakai syampu A Lices tu.sebab pesanan penaja nak pakai mestila seminggu sekali.hasya tu pun kena pakaikan sikit,takbleh banyak sebab dia boleh digunakan hanya pada umur 2 tahun ke atas.

lepas tu,aku syampukan rambut diorang dengan syampu biasa je tapi aku biarkan buih-buih tu kering kat kepala.kira syampu dalam 10 minit gitu.insya Allah,pakai syampu biasa pun sebenarnya dah boleh matikan telur kutu tu dah cuma ambik masa je.

hadeh la kan.harapnya lepas ni takde dah la kutu-kutu berkeliaran.kalau kutu duit tu takpela nak berkeliaran sekalipun.bahah!


    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

4 comments:

  1. ko jangkit dari diorang la tu. mesti ada bergomol2 ngn anak2 kan...
    aku pernah jgk jangkit ngn anak2 buah aku. lps aku tau diorg ada kutu, terus aku suruh diorg baring jauh2.. kena operasi kepala sendiri jgk. cis...

    ReplyDelete
  2. yela.memang aku jenis suka baring2 dgn diorang,borak2,bergasak2..memang kena la.nasib-nasib.

    ReplyDelete
  3. tiba2 rasa nak cek rambut raina pulak lepas baca entri ni

    ReplyDelete
  4. nurul,

    check la.takut jugak kan?

    ReplyDelete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

POPULAR POST