Visitor

21.5.13

hasya #6

kelmarin hasya dah cecah umur 16 bulan.

champion


fakta pasal hasya yang sedang membesar di ketika ini :

  • paling kuat makan antara 3 beradik.time makan dia,dia ngap.time kakak makan,dia ngap.time aku makan,dia ngap juga.
  • sekali hadap susu adalah sebanyak 6 aunz.siang 3 kali.malam boleh membawak ke 5 kali atau lebih sampai pagi.
  • paling kus semangat.tengok lipat perut la.sebijik iklan tayar Michellin.
  • gigi geraham atas dah tumbuh dua dua belah setiap satu.tapi gigi geraham bawah ada belah kiri je.
  • paling lasak tatkala umur begini.ingatkan haifa paling hebat,rupanya dia lagi hebat (lasak)
  • paling kuat mengamuk di usia sebegini.kalau kita cakap "no!", dia akan memberontak.sepak-sepak kaki dia.atau buat "aumm!".garang!
  • sangat loyar buruk.suka jalan terhendap-hendap depan orang.favorite dia jalan hendap-hendap depan rifdi time rifdi tengah tengok tv.memang confirm abang dia nangis.lagi satu dia suka jalan ke tepi macam ketam.jalan berundur pun boleh.awesome.
  • suka buat muka kelakar.buat mulut bulat,muncung.kelip-kelip mata sambil sengih angkat hidung.
  • belum lancar bercakap.berbeza dengan haifa seusia dia dulu.tapi antara perkataan paling kerap disebut ialah "nak", "tak", "abah".paling takbleh blah dia panggil aku  "ama".deyy!
  • suka mengutip dan makan apa saja yang dia jumpa.paling buat aku bengang, dia suka geledah tong sampah dapur.pernah sekali dia makan balance ayam kurma yang aku buang dalam tong sampah.hoi.lepas tu terus tong sampah tak pernah wujud dalam rumah.nak buang tisu sehelai pun kena keluar dapur belakang.
  • betul-betul muka ibu!


terimalah.






    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...