16.5.13

Selamat Hari Guru

entry panjang tanpa belas kasihan.


kita flashback 27 tahun yang lampau.masa tu umur aku 4 tahun.tapi kakak aku yang masa tu umur 9 tahun dah gigih mengajar aku ABC, 123 pakai papan hitam.konon main cikgu-cikgu la.tapi sebab dia ajar dengan ikhlas walaupun tunjuk dan ajar pakai kaki,tapi sebab dia la aku pandai membaca masa umur 5 tahun lebih.aku masuk tadika umur 6 tahun aku boleh jadi Pelajar Terbaik 1988 di Tadika KEMAS Paya Besar sebab paling pandai membaca termasuk membaca Muqaddam.jasa dia memang aku kenang sampai bila-bila.

masuk Sekolah Kebangsaan Batu Lapan (sekarang dah tukar nama Sekolah Kebangsaan Fakeh Abdul Samad), aku duduk kelas atas sekali.tapi jangan sangka aku bijak sangat.masa darjah satu mungkin aku boleh tunjuk terer sebab asyik duduk kat tangga pertama je dalam kelas.masuk darjah 2 aku dah masuk kategori bimbo.eh?perasan cantik betul.lepas tu masuk darjah 3 sampai darjah 6 perangai terus turn 180 darjah.pemalas.kuat main.time cikgu ajar tak suka ambik perhatian.hasilnya,selalu kena berdiri atas kerusi, kena berdiri luar kelas, kena tulis "saya janji saya akan siapkan kerja sekolah blablabla" entah berapa ratus kali, kena berdiri depan kelas sebab tak pandai selesaikan soalan math, kena cubit sebab bising dalam kelas, kena marah sebab muntah dalam kelas muzik time tengah training koir..ahhh.banyaknya kena denda.tapi alhamdulillah.aku lepas UPSR dengan result 3A 1B.tak hebat mana tapi siapa sangka?

masuk Sekolah Menengah Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad, aku masih berada dalam kelas paling atas.dan corak permainan pelajaran aku tetap sama dengan corak sekolah rendah.masih pemalas.kuat main.time cikgu ajar tak suka ambil perhatian.dan paling teruk,aku boleh tidur dalam kelas.ohye.aku jua kuat bercakap sampai aku pernah kena panggil naik dewan perhimpunan lepas tu guru penolong kanan tu suruh aku repeat balik apa yang dia cakap.kesnya,aku bercakap kat belakang.siap menyanyi lagi.berpeluh-peluh aku nak teka apamenda cerita dia tadi.

aku selalu kena rotan.kalau bab markah periksa teruk tu aku redha jela sebab aku tau aku bukan pandai sangat pun.tapi rotan bab lain tu memang banyak la.aku pernah kena rotan sebab cikgu dapat aduan aku kuat mencarut.lepas tu serik nak mencarut.aku pernah kena rotan sebab kantoi terkeluar lighter dalam anak tudung masa buat spotcheck colour rambut.kena rotan sebab buat surat layang.kena rotan sebab tak masuk kelas,aku lepak belakang bilik Kemahiran Hidup.tapi alhamdulillah,aku lepas PMR dengan jayanya walaupun dapat 3A 5B.kwangkwangkwang.

dapat pulak Sekolah Menengah Teknik Muadzam Shah.pertama kali aku jauh dengan mak abah.dengan keluarga.maka lebih teruk la aku bagai dirasuk syaitannirrojim.mula masuk sekolah situ pun aku dah kena kejar dengan cikgu dan prefect sebab pakai cincin,pakai rantai,pakai gelang kaki tapi nasib baik time tu tak kena rotan lagi.lepas dari minggu orientasi sampai tamat sekolah, sekolah teknik ni la aku kira memang sehari aku tak kena dengan cikgu tak sah!

minggu pertama prep di dewan makan aku dah kena hempuk kepala ni dengan buku log Kejuruteraan Awam yang panjang dan tebal tu sebab aku tido time prep.salah aku.

rotan adalah rutin harian.pagi kena.petang pun kena.malam turut tak terkecuali.tapi malam biasanya kena tepuk lalat (tepuk bintang) 1000 kali di asrama.rotan paling best adalah rotan cikgu marlini, cikgu faridah dan cikgu usop.favorite spot cikgu marlini adalah di betis.kalau siang aku kena sebat kat betis time kimia, tengah hari aku kena sebat betis dengan dia di kolej (asrama) pulak sebab warden masa tu.dan petang mungkin kena juga sebab tak turun riadah.dan malam mungkin kena juga sebab kadang-kadang aku suka turun prep pakai seluar pendek.dan mungkin malam nanti time roll call akan kena rotan lagi.mungkin la.tapi average kena rotan sehari adalah dua kali.wajib.

favorite spot cikgu faridah yang ajar add math tu pulak adalah tapak kaki.add math pada aku masa tu adalah subjek paling gampang.markah terhebat add math yang pernah aku dapat adalah 12%.paling dasat dah tentu infiniti.eh.tak.0% la.jadi tapak kaki adalah mangsanya.pernah sekali aku pergi sekolah tak pakai stokin,pakai kasut penguin.jadi sila la selami bagaimana rasa tapak kaki masa tu.awwww-some!

cikgu usop adalah cikgu bm yang memang selalu ke kelas kepit rotan kat ketiak.rotan tu gunanya untuk student perempuan.untuk student lelaki dia cuma gunakan kuasa cubitan di tetek sahaja.aku pernah tengok bob (classmate) aku yang badan memang bagak besar terangkat kaki dan badan sebab kena cubit tetek dengan cikgu usop je.jadi bayangkan pulak rakan sekelas lelaki yang kategori petite.memang mengucap la takut lepas ke atap.

eh.pasal tepuk lalat tadi.aku rasa itu juga rutin harian kami di asrama.sudahla time riadah memang confirm kena buat.malam nanti mungkin juga kitorang akan buat bersama-sama lagi.tak kira la perempuan time tu sedang ayu berbaju kurung ke.tak payah control ayu la.memang kena jugak.sebab masalah yang sikit contoh macam buat bising time prep, masalah tak turun surau, tak basuh cawan dewan makan, cawan dewan makan berdaki, -- memang kena la.kalau nak diceritakan banyak sangat.sampai kes kecik macam basuh kain malam-malam hari kat bilik basuh pun boleh terkena kat satu kolej.

cikgu juga pernah kejar aku and the gang dengan payung.aku tak ingat apa kes tapi kitorang lari masuk kelas rock lepas tu tutup pintu duduk diam-diam dalam kelas.aku pernah juga kena ketuk dengan scale ruler.azab sangat sakit dia sebab kena ketuk atas buku tangan.kebanyakkan denda dan hukuman yang luar biasa ni adalah hukuman markah english tak best.aku jarang kena sebab english aku best.poyo.kalau tengok rakan sepasukan aku kena denda,memang hazab.kena baling kasut sendiri dari tingkat 3 ramai-ramai,lepas tu kena turun pulak carik kasut sendiri.kena sangkut kat leher tag bertulis macam-macam lepas tu kena masuk semua kelas -- macam-macam aku cakap.sampai aku tak mampu nak tulis hukuman tu.

tapi aku tau, denda, rotan, hukuman -- ni semua tanda cikgu nak didik anak murid dia jadi manusia.bukan jadi binatang.cikgu marah, maki depan orang ramai.sebab cikgu nak bentuk anak murid jadi manusia yang berguna, bukan yang macam sampah.

sebab dah panjang sangat entry aku kali ni,aku cuma nak ucapkan TERIMA KASIH kepada semua insan yang banyak mendidik, mengajar, dan membentuk aku dalam menjadi insan yang berguna ini.jasa kalian semua memang tak mampu aku balas.terlalu besar jasanya sampai kalau nak claim balik pakai duit pun aku rasa tetap tak cukup.masa ni,aku terasa alangkah baiknya kalau aku dapat jumpa semua cikgu yang pernah mengajar aku tu,dan aku nak belanja dia ABC.

SELAMAT HARI GURU!

ehem.ada macam muka cikgu tak?






    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

POPULAR POST