Visitor

20.5.13

motherhood

aku memang suka memerhati.


pemerhatian yang rajin dibuat adalah terhadap emak-emak yang sudah ada anak.

1. Emak dan seorang anak.

Kategori emak yang teruja. bab makan, pakai, semua nak mewah. nak yang hebat-hebat. lepas tu segala perbuatan anak semuanya sweet. anak buat sepah, sweet. anak main lipstick emak, sweet. anak makan tumpah, sweet. yela, itulah satu-satunya permata hati. semua sweet. anak tidur lambat pun boleh layan lagi. mama kena bangun awal esok tapi takpe, anak mama punya pasal. mama pun nak main jugakla. padahal dah pukul 3.30 pagi. semua boleh bersabar. syabas.

lepas tu sebab taknak hilang tumpuan untuk anak, maka emak pun planning taknak ada baby baru lagi. tunggu dulu. nanti tak dapat tengok anak membesar. habis? nak tunggu anak umur 17 baru nak ada baby baru?


2. Emak dan dua orang anak.

Tumpuan terpaksa bahagi dua. masa ni adik pakai barang abang/kakak tadi. lepas tu masa adiknya nak membesar, abang/kakak tadi dah mula belajar kena marah. asal adik menangis, meraung mesti kena tanya abang/kakak,"buat adik ek?".

kesian abang/kakak. konon tadi janji nak bahagi kasih sayang dengan adil. tapi tak jadi. gagal. balik-balik adik menang. lepas tu abang/kakak tertumpah air pun dah kena tegur.

mama dah tak macam dulu. dulu air tumpah mama lap sambil senyum je. tapi mana gelak mama tu sekarang?

itu baru ada anak dua. tapi ada juga emak yang masih mampu bersabar. syabas!


3. Emak dan tiga orang anak. eksiden macam aku aritu ke.eh?

Tumpuan terbelah tiga! biasanya nombor satu sensitif. paling emosi. nombor dua pulak indipendent tapi manja. biasa la, ada adik. kalau adik menangis, automatik mama carik yang nombor satu atau nombor dua. bila tanya rupanya adik jatuh tergolek sendiri. takde kena mengena dengan siapa-siapa. itu nasib baik dapat emak tengah mood baik, nak tanya dulu. cuba masa emak tengah angin torpedo. harus kena sebat dulu, anak nangis jerit-jerit lepas tu baru tau salah adik tu sendiri. dah emak menyesal.

lepas tu semua dah tak sweet. anak tidur lambat pun emak dah jerit-jerit histeria padahal baru jam 9 malam. anak berlari-lari dalam rumah pun kena jerkah. anak main atas katil sepah-sepah pun hangin. barang mainan bersepah satu rumah pun boleh mendatangkan rajuk. anak mintak suap pun kadang-kadang marah!

tapi mungkin ada emak yang boleh bersabar lagi. memang emak kategori superb!
tolonglah ajar aku macam mana nak jadi superb macam tu!


4. Emak dan anak lebih dari tiga orang.

Kena tengok keadaan. kalau anak nombor 1 dan 2 dah besar, dah boleh handle adik-adik, maka emak tak perlu besarkan suara dah. tapi kalau semua kecik-kecik.contoh umur yang rapat macam 6 - 4 - 2 - 1, aku rasa emak dia perlukan tenaga yang banyak.


p/s : normal.






3 orang anak.tipu la kata kalau aku tak pernah menjerit marahkan diorang.
sampai menangis merajuk lari masuk bilik pun pernah.

haha! anak. u're my everything!

No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...