Visitor

14.6.13

haifa #25 & motherhood

ejang berkursus di cherating dari rabu hari tu dah.sampai hari ni.
so,2 malam ni aku la yang jaga budak budak ni full time.biasa ada abah dia tengok-tengokkan budak ni.tapi ni buat semuanya sendiri.

T-T

malam kelmarin kitorang makan kek souvenier kawen anak officemate.cukuplah tu.malam tadi aku masak nasi sikit,lepas tu goreng telur mata,tabur pulak lada kecik dengan bawang merah.lepas tu tuang kicap.ya Rabbi.heaven dia memang lain macam.haifa dengan hasya rilek je makan sampai habis nasik.rifdi lain la.menu dia hari-hari mee kicap / mee sup pun takpe.

budak-budak ni suka sangat la kalau abah dia takde.peluang dapat tidur dalam bilik aku,siap kongker katil lagi.aku dengan hasya tidur atas tilam.kan.sampaikan rifdi hari-hari bagi alasan "huwahh! (menguap).ibu,abang mengantuk la".padahal nak main selubung bawah selimut dengan adik-adik dia je.

pagi nak pergi kerja aku mintak tolong driver amik.aku bahasakan dia Long.so,semalam Long lambat ambik.bukan Long lambat sebenarnya,tapi aku kejut anak-anak aku suruh duduk kat porch tunggu Long sampai.rifdi dah membebel tanya "mana paklong ni.lambatnya".aku suruh dia sabar.

tak lama tu haifa pulak.
lambatnya paklong".

aku pun acah-acah haifa.
"kalau macam tu ibu bawak je la kereta abah!"

haifa pun kata, "boleh!".

aku pun balas, "eh taknak la.ibu takut".

dengan rileknya haifa pegang peha aku sambil cakap,
"ibu.jangan takut.takut kat hantu je tau!".

sambil buat muka innocent.




makcik makcik sangat dia ni



sila LIKE sekarang!

2 comments:

  1. peh kecik2 dah pandai posing. powaa

    ReplyDelete
  2. downgila;

    budak budak sekarang beb.

    ReplyDelete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...