Visitor

10.6.13

terus tenang dan mari bergosip

aku memang peminat rancangan bergosip.

sampaikan dekat whatsapp,aku ada geng bergosip yang siap dengan slogan "TERUS TENANG DAN MARI BERGOSIP".heheh.ahli geng,sila senyum sekarang.senyum.

oh.paling aku suka adalah follow artis-artis di instagram sebab sekarang artis lebih telus.suka upload gambar fresh yang mana aku dah tak perlukan wartawan hiburan.artis sekarang suka upload gambar sosial terkini dan terhot di pasaran.kadang-kadang aku rasa aku macam dah terjebak sekali dengan dunia artis ni.

tapi selain dari gosip dan kontroversi terhangat tersebut,aku suka lagi satu segmen di ruang instagram ni.

segmen mari mengomen.

kalau artis perempuan yang hot tu upload gambar kotak rokok,akibatnya 80% dari komen dalam gambar tersebut adalah berkaitan pergaduhan dan perdebatan mengenai artis tersebut.sama ada rokok tersebut milik artis perempuan hot tu atau boyfriendnya?arghh.dia ada boyfriend?siapa boyfriend dia?
dan artis tu takde feel langsung nak balas comment bodo tersebut.diam je.

kalau artis lelaki hot pulak post gambar dengan artis perempuan hot yang lain.gambar yang ni pegang artis hot A,gambar lepas tu dukung artis hot B,esok gambar berpeluk dengan artis hot C.konpem artis lelaki tersebut dapat gelaran playboy.akan tetapi, pengkomen-pengkomen ni kutuk artis hot perempuan ABC pulak dah atas sebab tak kisah kena pegang dengan artis lelaki tersebut.haih?
dan artis lelaki tu juga langsung takde feel nak reply komen bangang tersebut.apatah lagi artis ABC tu.

sesi paling aku menyampah adalah bila artis perempuan upload gambar mesti ada komen bawah tu yang berbunyi "kalau pakai tudung mesti lagi cantik".dan banyak lagi komen berunsur keagamaan di situ.dan wujudlah ustaz dan ustazah segera yang akan bagi dalil dalil bagi menguatkan lagi komen mereka di gambar artis tersebut.

menasihat memang bagus.tapi kalau menasihat macam bagus bagus,kalau aku jadi artis pun aku menyampah dengan komen berbaur macam tu.

yang hairannya,ustaz-ustaz kat malaysia pun takde yang pergi dekat gambar-gambar artis berkenaan lepas tu bagi ceramah kat gambar tu.c'mon la rakyat malaysia.sudah-sudahla jadi tukang komen yang macam bagus tu.

setiap manusia belajar ilmu agama.bezanya amalan je.dah.jangan nak mengajar orang sangat.ajar diri sendiri dulu.



- terus tenang dan mari bergosip.

sila LIKE sekarang!

2 comments:

  1. kah kah kah....

    Terus tenang....nora danish pakai tudung kat kelantan aritu..itupun jenuh kena tarbiah...

    -rok- p/s : malas nak sign in laaa...

    Hehe

    ReplyDelete
  2. rok si anonymous,

    ekekekeke.kena jugak?nasib laaaa

    ReplyDelete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...