Visitor

12.6.13

pertama kali

aku bukanlah kategori pandai memasak.tapi aku adalah kategori boleh memasak.

baru-baru ni aku balik kuantan.sabtu,duduk rumah mak abah.pagi tu aku baru tau semua ahli komuniti keluarga semua ada kenduri.bila situasi jadi macam tu,aku target lunch time aku nak ajak ejang keluar pergi makan kat mana-mana.kira keluar outing la.set.

sekali masa aku siap mandikan anak-anak,abah aku balik rumah,siap beli lauk dari pasar.ada ketam,ikan jebong,sayur su'un dengan petola.haih.abah aku suruh aku masak untuk lunch.

masa tu jangan cerita la aku punya kalut.lauk yang abah aku beli semua aku tak pernah masak dan tak pernah handle macam mana nak potong,nak siang,nak prepare semua la.biasanya kakak aku la chef kat rrumah ni.takpun mak aku.

time tu aku rasa keluar huruf L kat dahi .the big L.

masa tu aku tanya abah,"macam mana nak siang ketam ni bah?mana ida reti.ikan tu nak masak jugak ke?".ayyo.macam macam soalan.lepas tu abah ajar macam mana nak siang ketam.ok.settle.senang hati gua.lepas tu abah suruh pulak masak petola dengan sayur su'un.lagi sekali abah ajar pulak cara potong petola.hahah.buruk sangat perangai aku ni kan.dah jadi bini orang tetap tak pandai masak.kahkahkah.

lepas tu abah tinggalkan aku memasak sebab abah lupa dia kena attend kenduri.boleh ek?

dan gigihla aku memasak sorang-sorang kat dapur.nasi je aku tak masak.aku pass baton kat anak sedara aku je,yuyu.memang gigihla aku kat dapur mak tu.hahaha.


sambal belacan, ketam masak lemak, ikan jebong bakar dan sayur petola campur su'un goreng pekat.


first time masak lauk camni,alhamdulillah licin.sampai kakak aku tak sempat rasa ketam.muahahah.dapat rasa kuah je kan sebab malam tu kuah masak lemak tu dah jadi ikan jebong masak lemak pulak.kahkahkah.


sila LIKE sekarang!

No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...