24.9.13

sang pencinta

aku bukanlah pencinta kanak kanak okehh.
pencinta kanak kanak di sini adalah,aku bukanlah jenis nampak budak comel jenis terus jerit;

"arghhhh.adik comel.kakak nak dukung plishhhh".

eh.kakak pulak  --"

ya.jenis orang gitu.aku jenis biasa biasa je.nampak pulak budak yang mengada ngada lebih atau over,lagi aku menyampah.tak kuasa nak melayan.aku cuma boleh layan kanak kanak tertentu sahaja termasuk anak anak aku sendiri.

namun begitu,ada beberapa orang kanak kanak,yang sangat aku suka stalk.sungguh pun anak anak aku comel comel *teruknya statement kau*,aku tetap suka stalk budak budak lain yang comel.dan unik.

antara kanak kanak mangsa stalk aku adalah : (susunan random.bukan ikut siapa paling aku suka.)


1. Bakti Arjuna Fitri (Juna)

mangsa stalk dari : http://instagram.com/fynnjamal

makcik ni start stalk Juna masa tengah berjinak jinak dengan instagram.Juna ni anak kepada Fynn Jamal & Tri Hadzir.aku rasa dia antara budak melayu yang paling ramai peminat.haha.melting hoih tengok muka dia.dari kecik sampai sekarang dah umur setahun.masih tak jemu tengok Juna.


2. Sofea (Opi / Copi)

mangsa stalk dari : http://instagram.com/atitaharis

pertabak.cousin kepada Juna.pun glamer di instagram.muka cute overload.macam mak dia jugak, Tita.sekarang ni,insta mak dia dah ramai gila followers.mak cantik.anak pun cantiklah.haii la copi.muka comel tahap rasa nak ngandung anak pempuan lagi.eh.dan dia sayangkan dapur yang dia pegang tu.haha.tak tinggal.


3. Kasih Amaani (Ani Tomatomato)

mangsa stalk dari : http://instagram.com/fillanie 


anak kepada blogger terkenal, Fillanie.sebaya haifa kot tapi dia punya attitude tu aku suka.perangai sebijik haifa sebab gangster dia lain macam.tapi manja.ani ni comel sangat.aku suka tengok dia ni naknak kalau dalam keek filla.haha.comel sangat.tapi brutal.


4. Akyd Kharamy (Akyd) & Alee Khaeyr (Alee)


boleh eh combined dua beradik ni?haha.anak kepada blogger, khayrany fadzlyny dan pelakon Azmar.suka sangat diorang berdua ni sebab dahla comel,birthday dua dua jatuh pada tarikh yang sama 22 September. beza tahun je.comelkan?


5. Farah Hana (hanabelipat)

mangsa stalk dari :

jangan tanya kenapa hanabelipat.anak kepada hentakbelipat dan petisuara ni memang homey homey.lahir aritu kecik je.sekarang dah bulat amboii geram nak picit.series nampak baby macam ni la yang buat i nak baby lagiiii..


6. Nadi Anaqi (Anaqi)

mangsa stalk dari : http://instagram.com/sheraaiyob

anak kepada pelakon favorite, shera aiyob dan zahiril adzim.aaa..cute kan anak diorang.sweet macam mummy daddy dia jugak.haih.menurun ke anak tau sweet diorang nih.



aa.aku rasa cukuplah sampai di sini.
mana mana yang tak terkena stalk tu,mintak maafla.bukan tak suka,tapi yang kat atas ni dah memintas queue awak awak yang comel tu.muahahaha.

*eh.betul ke aku ni bukan pencinta kanak kanak?


sila LIKE sekarang!

No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

POPULAR POST