21.11.13

tutup facebook

kalau diikutkan dulu,aku bukan nak pun wujudkan facebook.

2009.zaman aku baru habis pantangkan rifdi.office keramat tu mana ada line internet.kedekut ya Rabbi.boleh buka email sahaja dan kerja kerja berkaitan.laman sosial semua kena sekat.masa tu friendster aku bukak kat cc.ye,gigih sangat pergi cc semata mata nak pergi upload gambar zaman firaun.punya la hazab.

paling aku ingat kegigihan aku masa pergi temerloh dengan ejang & the gang.mula-mula lepak kedai makan,lepas tu mintak excuse kejap.nak pergi cc.nak letak gambar zaman bertunang.tak kadar ke diri semua nak menunjuk dekat orang konon dah berpunya.lepas tu macam haram.menunjuk sangat lepas tu terus status tak hagak kata dah single.tapi tak lama lah sebab 5 bulan kot lepas tu letak balik gambar bertunang baru.hah.gila tak gila.lepas tu senyap sebab dah malas pergi cc.

masa tahun 2009 tu,aku selalu dapat email dari member member sekolah suruh register facebook.kalau ikutkan,apemenda la lagi.office dahla kedekut taik idung masin.tapi sebab urban sikitlah dari rakan sejawatan yang lain,aku try la jugak taip kat google perkataan penuh hikmah tu.tak sangka sungguh,masa tu facebook boleh bukak kat office!

masa tu la saat paling gemilang ber-facebook.masa tu jumpa kawan kawan lama,masing masing sibuk upload gambar lama.aku tahap hari-hari bawak gambar oldskool,pastu pergi senyap senyap pinjam scanner mates.semata-mata nak upload gambar kat fb.memang seronok masa tu.aku sorang je yang boleh bukak fb masa tu.kira gempaklah!

pada fb la tempat aku share dengan kawan kawan gambar aku,gambar kegembiraan dengan family,gambar kenangan.aku bersalinkan haifa dengan hasya,semua berita aku kongsikan dengan kawan kawan.seronoknya.

facebook jugaklah yang jadi medium membantu aku glamourkan blog ni.walaupun tak glamour mana...

2013.
saat ni aku rasa facebook ni dah jadi bahan aku bergaduh sesama sahabat.
ada sahabat invite suruh like page.kalau ikutkan bukan susah pun,klik jela like.
tapi aku bukanlah bangsa manusia yang suka semakkan hidup aku dengan macam macam iklan yang tak masuk dek akal.

aku penah sesak nafas marahkan penjual penjual online yang suka tag nama aku kat wall sendiri.
aku pernah sakit dada baca iklan iklan nonsense di wall sendiri.
aku pernah rasa nak menjerit menangis bila tengok gambar manusia manusia yang pernah robekkan hati aku sebelum ni.
dan sekarang aku ada wabak sakit yang luar biasa pulak.

aku sakit jiwa dengan komen rakan rakan bijak pandai di wall/gambar aku sendiri.

sekali dua aku boleh sabar.komen mengalahkan orang bijak pandai.ada jugak sahabat rapat suatu masa dulu yang dah kena block.punca? -- komen extreme pada status aku dan gambar gambar aku.

masuk kali ke seratus ni buat aku tercabar.tukang komen berani cakap bukan bukan ibarat diorang tau pasal hidup aku.mencabar sangat.

pengakhiran cerita,aku dah tutup facebook.
masa nak deactive semalam,keluar gambar sahabat sahabat yang supportive dengan kata-kata "_____ will miss you".."_________ will miss you".. "________ will miss you".

ahhh.aku nak deactive jugak.
done.


aku dah takde facebook sekarang ni.bagi lega sikit perasaan aku.
biar.aku tunggu je masa bila aku nak aktifkan balik.

sehari?dua hari?
satu minggu?dua minggu?

tunggu aku ada mood dulu.
ada mood nanti,aku datanglah balik.dengan cerita baru.dengan kaedah baru.





2009-2013
4 tahun kita bersama.
bye.

6 comments:

  1. errmm gambar/status mcm mana sampai diorang boleh komen extreme dd, sabar jelah manusia2 ni

    ReplyDelete
  2. banyak gambar dd upload,selalu ada komen negatif.

    kalau setakat tegur sambil bergurau,dd boleh terima.ini siap ajar kita jaga anak,padahal member tu baru dpt baby.cara tegur dahla extreme.

    status dd pun selalu ada komen yang tak ok.macam tak puas hati.bosan sangat rasa.

    ReplyDelete
  3. adoi.. td tu status last? :( tak apalah, janji jumpa kat sini… deactivate tu kadang2 buat kita rasa lega.. maz paham… ikut hati ni nak buat camtu, akan datang juga.. ohh ya Dd, try ke "Dayre" app.. maz baru install td, agak menarik sb ada gabungan blog utk kita baca, ala2 diari dan kita boleh share photo berdasarkan tarikh.. cubalah kalau sudi :D

    ReplyDelete
  4. ehh..maz.

    aku dah aktifkan balik.yang ni entry minggu lepas.

    ReplyDelete
  5. fieza,

    dah aktifkan balik dah punnn..hahahah

    ReplyDelete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

POPULAR POST