11.7.13

Sambal Tumis Ikan Bilis

kalau sahur,ejang memang suka request buat sambal bilis.
tapi selama 5 tahun bersahur bersama ni,baru semalam aku tau ejang tak suka sambal bilis yang aku buat.ahak.

kantoi.

dan malu sebab rupanya selama ni aku je yang syok sendiri ingatkan best sangat.ok.fine.maybe dia dah jemu cara masakan sambal bilis aku tu...kot.

baik.lepas ni,aku akan cuba perbaiki sambal bilis aku.disebabkan itu,pagi-pagi tadi aku dah siap google cara nak buat sambal bilis cara orang lain.ok.mari kita tengok contoh contoh sambal bilis yang ada.

aku copypaste je ye.


Contoh 1 :

sambal tumis ikan bilis

04012011470
resepi turun temurun


Created on : 04-01-2011


Bahan-bahan ( 7 org kot )

  • ikan bilis 4 genggam tgn - digoreng dulu
  • cili kering siap blend - 4 senduk nasi
  • bawang merah 3 + bawang besar 1 + bawang putih 1 ulas --> blend
  • air asam jawa - sikit
  • ikan bilis mentah - amik sikit je then tumbuk
  • minyak menggoreng , garam dan gula
  • p/s : terpulang kalau suka taruk belacan sikit dan ajinomoto - aina x taruk

Cara-cara

  1. Goreng ikan bilis sehingga garing - angkat dan tos kan
  2. guna minyak yg sama - tumis sampai wangi bawang2 yg dah di blend + masukkan ikan bilis mentah yg ditumbuk sikit tadi (utk pekatkan kuah dan sbgi bahan perasa semulajadi)
  3. masukkan cili blend - masak sebentar sampai minyak naik
  4. masukkan air asam jawa, garam dan gula - masak sekejap then rasa
  5. biar menggelegak dalam 10 minit ngn api sederhana kecil
  6. lepas nmpk cantik dah sambal tu, rasa skali lagi
  7. last - campurkan ikan bilis yg dah digoreng awal tadi - gaul sekejap dan tutup api...tadaaa..
  8. tips : minyak kena banyak, garam kurangkan sbb ikan bilis dah masin, api x leh besar..hehe...cuba lah..

punca : http://www.myresipi.com


Contoh 2 :

Dsc_0419






Bahan-bahan ( utk semangkuk sahaja )

  • 20 tangkai cili kering di rendam air panas
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • sejemput ikan bilis utk dikisar dengan cili.
  • 1 sudu asam jawa dibancuh dgn 1 cawan air
  • sedikit garam, gula dan serbuk perasa, 4 sudu minyak utk menumis
  • 2 cawan ikan bilis

Cara-cara

  1. kisar cili , bawang dan ikan bilis yg sejemput
  2. panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik minyak (minyak kelihatan terapung)
  3. masukkan ikan bilis dan air asam jawa. biar didih
  4. masukkan garam gula dan serbuk perasa.
  5. rasa asam garamnya, hidangkan
  6. boleh masukkan hirisan bawang besar ketika menumis jika suka

punca : http://www.myresipi.com


Contoh 3 :

*edit*



Bahan2


200g ikan bilis (dibasuh dan ditoskan)
1 keping asam keping
3 biji bawang besar di mayang 
Garam dan gula secukup rasa
Air secukup nya
Minyak tuk menumis

Bahan Kisar


150g cili giling (1 bekas yg besar)
1 biji  bawang besar
2 inci kunyit hidup
4 biji cili api (kalau nk bg pedas)
1 ulas bawang putih

Kisar semua bahan sampai halus seperti dalam gambar.

Cara2 Nk Masak


Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar kacau sebentar dan masukkan sedikit air masak sampai naik minyak or agak kering dan cili dah masak.





Bila dah naik minyak seperti dalam gambar masukkan ikan bilis, bawang mayang dan asam keping kacau rata dan masukkan sedikit air masak sampai bawang layu dan ikan bilis agak hancur dan sambal agak kering. Bila sambal dah agak kering perasakan dengan garam dan gula mengikut citarasa korang. Bila semua rasa dah sebati tutup api dan siap tuk dihidangkan.


Hah aku makan ngan nasik lemak fuh mmg terbaek lah gabungan nie..


Boleh juga nk buat Burger Malaysia camnie kalau korang suker la..



Contoh 4 :



BAHAN-BAHANNYA


2 genggam ikan bilis, cuci bersih dan goreng hingga garing, toskan
1 biji bawang besar, hiris berangkai
1/2 cawan jus asam jawa
Gula dan garam secukup rasa1 1/2 senduk nasi cili kisar
6 biji bawang merah dikisar halus
2 ulas bawang putih dikisar halus
1/2 inci halia dikisar halus
3.4 inci belacan dikisar halus

CARA

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan jus asam jawa, perasakan dengan garam sedikit, gula secukupnya dan serbuk perisa (jika suka). Kacau rata dan masak hingga sambal pekat.
  2. Masukkan ikan bilisk dan bawang besar tadi, kacau rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan apa2 yang anda rasa sesuai...

TIPS: semasa menumis api jgn besar ya, minyak biar cukup ya, dah naik minyak baru letak gula garam bagai.





ok.itu antara contohnya ya.
rajin pergi google lagi.

sahur karang aku nak try la.


sila LIKE sekarang!

4 comments:

  1. sambal ikan bilis ni mmg sedap kan mkn ngan apa apa pon.kalau nk masak sambal ni.minyak banyak sket bg cili dye masak elok.pas tu tapis sket lah minyak tu.sedap.i suka sambal yg kaler dye maroon.nmpk sedap.

    ReplyDelete
  2. dd pandai buat sambal ni versi kering je.yang berkuah memang failed!

    kalau tnya mak dd,dia pakai santan.so,after this tau la rupanya nak kuah dia pekat dan banyak kena tumbuk bilis untuk paste.

    ReplyDelete
  3. mengapa incik ejang tak suka sambal bilis ko? cmana boleh kantoi? hahaha... tabahnya dia.. 4 tahun dia sabar. hahaha..
    bagus dia, jag ahati isteri...
    isteri pun baagus, terus cari resepi nk tukar style.. :)

    ReplyDelete
  4. ye.ejang memang sangat bersabar dengan aku.sebab tu jodoh aku dengan dia agaknya.hehe..

    sambal aku versi kering,tak berkuah.wahahaha

    ReplyDelete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

POPULAR POST