Visitor

6.1.12

memang Ombak Rindu

akhirnya,aku berpeluang tengok Ombak Rindu setelah mak bersusahpayah melanggan filem tu kat astro first.
cayalah mak!

walaupun aku ni kategori manusia terlambat menonton tapi aku tetap nak review.bukan review pasal filem,sebab aku rasa ramai sangat dah bercerita.rock yang tak minat filem melayu pun dah review kat sini,maka aku cuma nak komen je.

bagi aku,filem ni biasa-biasa je.macam tengok filem Cun! jugak la.best dilayan tapi tak la sampai rasa "gileeee!!bestnya citer ni.aku nak hadap 48jam boleyy??".


okeh.antara yang aku suka dalam filem ni adalah :

1. scene dalam filem ni aku rasa semua cantik-cantik.kat sawah,kat ladang teh,kat pantai waima kat pub pun!..heheh.itu tandanya sinematografinya sangat cantik dan menarik.

2. banglo yang datuk sufiah duduk tu superb!cantik sangat sampai aku rasa nak pergi situ.abah aku jua siap kaji segala pintu,pagola,dinding etc.rumah izzah duduk tu pun awesome.bestnya dapat rumah kayu secantik tu!

3. aku suka watak mail.hatinya bersih.walaupun cinta dia ditolak tapi dia tetap baik pada izzah.sayang lebih la kat ko wahai mail!



tu jela yang aku suka.sebab aku rasa banyak part yang aku tak suka :

1. watak izzah tu okay dan cantik tapi kenapa la pakai tudung sesedap rasa je.lepas tu rasa macam tak best dan tak kena je bila watak orang kampung tapi bercakap dan mengaji dengan slang amerika.fuh.

2. datuk sufiah tu over betul la.watak dia kalau jadi orang korporat ni selalu macam tu.annoying gak rasa.nak-nak time dia cium hariz masa kat wad tu.euwww..

3. lisa bawak watak mila dengan penuh keseksian.eh,aku tak pernah tengok lisa seksi tahu!dalam filem ni baru aku berjaya nampak warna kulit badan lisa dengan cemerlang.

4. cerita ni sebenarnya tak patut ditonton bersama anak-anak kecil sebab ada babak yang buat aku rasa nak tutup-tutup mata bebudak ni.yang lebih buat aku rasa terkucil bila dhiya anak sedara aku tu tanya 

"aaron aziz ni dah kawen kan ateh?isteri dia tak marah ke peluk-peluk orang lain yang tak pakai baju camni?".

ko nak jawab ape?jawab?jawab?

5. rapuh hati aku bila tengok aaron aziz nangis.tapi senangnya la kan dia bleh jatuhkan airmata ye?

6. watak julia ziegler betul-betul buat aku rasa segan nak tengok.beb..pakai la korset ke girdle ke.ni seketul-seketul lemak berteraburan di sini sana.

7. okay.taknak banyak sangat komen boleh?nanti blog kena cantas.


aku rasa time ni je izzah betul-betul cantik
T-T

so far,aku rasa filem ni sangat berjaya la sebab dapat sambutan yang sangat hebat di kalangan sahabat-sahabat.aku rasa dalam satu masa yang agak lama jugak la filem ni bermain kat fb.sampai agak terganggu jiwa raga sebab ramai sangat puji.tapi bila aku tengok rasa macam ... la.ini rupanya Ombak Rindu.

kalau diikutkan,novel ni aku dah repeat baca sebanyak 4-5 kali jugak la.novel memang best.sampai tahap aku boleh imagine keadaan izzah kejar kereta hariz,lepas tu jatuh dan dapat tau pregnant.tapi aku imagine pak dollah duduk rumah teres,bukan duduk rumah kampung.haih!

tapi yang buat aku rasa hampeh sangat-sangat adalah sebab aku baru tau lagu Ombak Rindu nyanyian Hafiz dan Adira tu.kalau tak,haram aku nak tahu!



٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

8 comments:

  1. aii baru nengk ker che' kak oiii???? xperla janji tgk erk...better late than never...suker care ko komen film nih seems like ko nih one of the professional jury kat FFM jer...kikikikiki

    ReplyDelete
  2. Tajam sungguh penglihatan ko terhadap gumpalan lemak Julia Zigler yea....haha, aku mane fokus sangat kat dia sebab sibuk tengok Aaron Aziz je...hahahahaaaa

    ReplyDelete
  3. dHa;

    eeh lerrr.aku ni bukan minat sgt nk tgk tp bile ada depan mata,baru la tengok.
    tapi eh..ada gaya juri ke?hahaha.

    ReplyDelete
  4. rock;

    haha.terang2 nmpk lemak.klu ko prasan time dia kejar mila tu,bajunya sgt tak seswai...phewwww.

    ReplyDelete
  5. takbleh la nak tengok part julie zigler kejar mila tu, takde sumber dah...aritu tgk kat astro first je..

    hehehe

    ReplyDelete
  6. kehkeh, shida pun dh tengok lama tapi malas nak buat review. tengok x tudung maya karin, kelakar kan.

    pelik jugak apa yang best sangat pasal ombak rindu nieh. body julia kan jenis besar tambah pulak dia berisi sikit, lagi memantul2 lah lemaknya....kehke

    ReplyDelete
  7. rock,

    dlm youtube ada tak??..hehe

    ReplyDelete
  8. shida;

    nampak sgt maya karin baru first time pakai tudung.yg peliknya,tukang mekap artis tu takde plak nk suruh pakaikan elok2..hehe.kuatnya dd mengomen.hahaha..

    ReplyDelete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...