Visitor

13.8.12

ceritera

sabtu dan ahad baru ni banyak sangat tragedi dan peristiwa.sampai taktau nak cerita yang mana dulu.tapi sebab abah ajar segala perbuatan kena ikut turutan atau tertib,maka aku aplikasikan dalam penceritaan hari ni.eceh.tetiba je.

mula dari hari sabtu ke ahad hingga ke pagi tadi.

cerita #1
Pagi sabtu dah kena jumpa dengan pemaju dan kontraktor rumah.sebabnya aku suruh suruh baiki pintu master room.pintu tak boleh tutup rapat unless kena tutup kuat macam dah guna pintu tu 10 tahun dah.diorang cuma baiki dengan kikis sana sini,last last pintu bilik dah macam pintu reban ayam.lebih 2 kali dia alter pintu rumah aku dan sudahnya aku tulis surat fax pada pemaju dan cc pada lawyer & treasury.baru la dia nak tukar pintu.tu pun sebab jumpa face to face cakap tak puas hati.pintu rumah aku tu dah tahap nak pecah dah bila tengok sana-sini kena alter.gila betul.

cerita #2
Petang konon juadah berbuka nak masak nasi ayam.barang dah beli.jam 4.30 petang aku pun mulakan tugas sebagai masterchef celebriti.sekali time aku masak tu hasya yang nyenyak tido tu bangun.encek ejang sibuk dengan sistem audio dalam kereta.anak-anak pun syok main kat luar sampai dah tak sudi masuk jaga adik.sudahnya berenti masak dan duduk dalam bilik layan hasya.dah pukul 7 terkedek-kedek lagi nak goreng ayam dan jemput bilis.haihh.

cerita #3
Tengahari ahad.saat semua tengah beristirehat dalam bilik ditemani penghawa dingin yang ahh..bestnya dapat tidur.aku sibuk kat dapur,masakkan mee sup untuk rifdi dan haifa dan untuk hasya aku buat bubur nasi carrot blended.ewah.tajuk bubur nak grand jugak.hasya tengah tidur dalam buai.rifdi duduk melayan ultraman.sekali tengah memasak dengar rifdi jerit "ibuuu.adik acha jatuh.adik acha jatuh!".berdebar sial.berlari kencang aku ke dalam bilik.tengok rifdi tengah pegang kepala hasya yang dah terkeluar dari kain buai.memang berdebar sampai aku pulak jerit "abanggg..hasya nak jatuh.!".mamai laki aku bangun angkat hasya dari dalam buai.tabik betul aku pada rifdi.dia yang selamatkan adik hasya dia dari jatuh.fuhh..

cerita #4
Petang ahad.time kembali menjadi masterchef.encek ejang suggest suruh masak mee bandung je.maka,pukul 6 baru sibuk masuk dapur.dimulakan dengan buat jemput bawang.time tu la jugak haifa buat perangai.nak air tapi tak minum.nak roti tapi tak makan.sudahnya stress,masak pun nak main campak-campak.dah terpercik minyak kat tapak tangan.sakitnya toksah cakap la.sudahnya encek ejang pakai apron,ambik alih tempat.haihh..banyak-banyak terima kasih la encek suami.

cerita #5
Time berbuka puasa.baru je makan sebijik kurma sekali..."TUMMMMMM!".guruh berdentum.serentak jugak blackout masa tu.tendang letewww.aku dah pesan abang dengan haifa jangan gerak.tapi takde.rifdi nangis tapi senyap kat kerusi tu.haifa nangis sampai lompat dua kerusi.sudahnya terbalik kerusi dapur tu masa encek ejang onkan suis.klakar gila okay tapi kesian pulak sebab lepas tu sebab masing-masing nak makan beriba.seksa tau sebab time tu aku tengah pegang hasya juga.dan setiap kali guruh berdentum diorang menangis.memang #chaotic.

cerita #6
hujung time berbuka.semua dah kembali tenang.tinggal aku dengan haifa je kat meja makan.masa tu ada cicak kat atas siling.aku pun tunjuk kat haifa,"kakak,tengok ada cicak.cicak gemuk".haifa tengok.dia suka sangat dan mula teruja.dan dia makin galak tunjuk cicak tu.

haifa : ibu,cicak!
ibu : iye. (tengah makan.malas nak layan)
haifa : ibu,cicak gemuk.
ibu : ye.
haifa : ibu gemuk.
ibu : (ha?).sape gemuk?
haifa : ibu. (sambil senyum-senyum).
ibu : abangggggggggggg!!

cerita #7
rutin bulan puasa,aku kunci jam 4.30am untuk memasak.nasik dah siap masak sebelum tidur.senang je.
sekali jam 3.30am rifdi panggil aku."ibu.abang kencing".aku pun turun katil.seluar dia dah basah,so tukar la pampers dan seluar.lepas tu dia mintak "ibu.susu putih buat sket".aku pun buatkan susu.dia hisap susu dan tidur kot.20minit lepas tu dia panggil lagi."ibu.abang sejuk".kesian pulak.aku suruh dia naik atas katil,tidur berpeluk dengan abah dia.sempat jugak encek ejang pesan,sahur ni buat nasi goreng aku pulak tidur bawah dengan haifa.haifa pulak menangis nak susu.buatkan susu dia dan baring pulak sebelah dia.padahal dalam hati berkira-kira nak bangun dah ni.alang-alang.sekali tertidur jugak.sekali sedar..
5.30am! tak sempat buat apa.aku hadap jugak 3 keping roti dengan milo panas.encek ejang tu.minum air masak pastu tidur balik je.kesian pulak.tak dapat nasi goreng.wuwuwuw.

-__-"


baby in red



٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

2 comments:

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...