Visitor

8.8.12

Masak lemak pucuk paku

lastweek ada aku upload gambar juadah berbuka dalam fb.
masa tu aku buat masak lemak pucuk paku, lempung goreng berlada, telur masin dan ayam goreng.

cerita saje pun dah meleleh air liur kalau teringat. ^ -,^" slurpp.slurrpp..

lepas dari tu aku terjumpa plak pesanan dari Ustaz Azhar Idrus.dia pesan,jangan upload gambar makanan siang hari.kalau meleleh air liur orang yang tengok tu dah jatuh hukum makruh.

terus sentap kejap.lepas tu rasa nak pesan kat kawan-kawan,kalau aku upload jangan meleleh air liur ye.err..boleh gitu?

disebabkan itu,ada sahabat yang hantar mesej nakkan resepi.katanya nampak sedap.eceh.eceh.untuk tidak menghampakan perasaan beliau,mari aku sharekan resepi kat sini.

pesanan untuk hari ni pulak : jangan meleleh air liur lagi.ikhlas punya pesanan ni.

dah bersedia?
mari bergembira. (motif?)




Bahan A

1. Seikat pucuk paku (daun siap dipetik dan batang yang empuk turut diambil) - asingkan
2. Santan
3. Serbuk kunyit
4. Sebatang serai yang diketuk
5. Garam

Bahan B

1. Segenggan bilis
2. 2 biji bawang merah
3. 2 biji bawang putih
4. 6 biji lada kecil

Mari memasak

1. Bahan B ditumbuk sekali.
2. Tuang santan ke dalam periuk.Tambah air jika perlu.Jangan buka api dapur lagi time ni.
3. Letak bahagian batang pucuk paku yang diasingkan dulu tadi dengan bahan B.Baru buka api gas.
4. Kacau dan jangan skip kacau.Kena kacau sentiasa.
5. Agak-agak batang pucuk paku tu dah empuk,masukkan serai diikuti daun pucuk paku.
6. Masukkan serbuk kunyit mengikut kehendak dan keperluan warna.Masukkan garam.Kacau.
7. Siap dahhh!!





٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...