16.8.12

Shopping raya lagi!

Petang selasa baru ni mesyuarat di Kuantan.budget mesyuarat siap 3.30 petang maka sempatlah berbuka di rumah.tapi silap.ku sangkakan panas berpanjangan,rupanya banjir kilat di tengahari.kita merancang Tuhan yang menentukan.kereta jabatan yang aku naik tu accident.tercium bontot Wish.aihh..sebab dah jadi bubur kacang,maka kena la duduk kat balai selama mana yang boleh sampai kes selesai.

serius punya duduk kat balai.berlemuih.

pukul 6 baru siap semua.dan aku berbuka di Maran.sudahnya sampai rumah hampir jam 10 malam.
itu kisah hari selasa.

semalam.dah tentu la lepas selasa hari rabu ye dik.encek ejang ada kerja di bangsar south dan juga area PJ.sebab gedik nak ikut juga,maka bawaklah diri ini bersamanya mengekori macam la aku takde keje.padahal pagi ada mesyuarat.aku bagi alasan nak ke kl walhal boss pun taktau apa sebab aku nak ke kl.

perjalanan agak redup.hujan kat kl.so,trafik tak bagus sangatla.sampai driver jabatan marah sangat sebab asyik pakai gear 1,2 dan 3 je.rindu dah nak guna gear 5 katanya.haih cik samrah.lempang nakkk?nakk?..haihh.haihhh.

dalam jam 3.30 petang,kerja encek ejang settle.yippie!boleh go shopping.so,tempat taruhan adalah Sogo.wonder why encek ejang mintak ke sana.dia taktau ke kat sana sesak dan padat?..

dan di Sogo actually menda penting nak beli adalah selipar raya untuk anak-anak.untuk rifdi dan haifa dapatla.memang cutting takbleh lari dari style crocs.diorang berdua memang taknak selipar lain.beli pesen lain memang akan terasa sesalannya nanti .-_-".

untuk aku konon nak jugak carik blouse untuk dipadankan dengan skirt untuk raya kedua nanti.tapi hampeh.walaupun tulis 50%-80%,tapi baju yang diidamkan bentuk rupa macam dalam kepala memang tak wujud.kalau wujud pun aku sekadar telan air coke liur sebab harga wowwww..dah ada potongan still rm60 and above.handbag pun macam tu.sudahnya sedar diri tak mampu,maka singgah sebentar di Bodyshop lah.apakata belanja diri sendiri dengan perfume paling termampu dalam wallet hari ni.maka,diri sendiri beli White Musk Libertine yang baunya auwwww..suami cakap manis.ehek.ehek.opss.puasa.puasa.

menyampah dengan keadaan yang bersesak-sesak di situ,maka ajak angkatan bala tentera gerak balik.hujan kemain lagi dah ni.kira-kira jam pun dah pukul 5.dalam kepala hotak aku dok pikir mana la nak berenti berbuka ni.mata asek baca nama kedai makan je.perut pun dah kemain lagi berlumba-lumba berbunyi antara kami.dengan jammed Ya Rabbi.agaknya orang KL ni berbuka puasa dalam kereta aje kot!

sesak lagi menyesakkan

berkenan aku tengok kren jenis ni.
canggih.

plain gila dah muka time ni.penat.

last port adalah WangsaWalk.tapi takla makan kat restaurant dalam tu.kitorang berbuka puasa kat kedai mapley yang mana turun je dari kereta,masuk kedai terus azan berbuka.hebakk.berbuka puasa la aku jamah nasik putih masa tengah queue nak tuang kuah kari kambing dalam pinggan.fuh.

lepas makan,terus masuk WangsaWalk.rupanya encek ejang dah berhajat nak beli wiper kereta kat situ.oh..patutla target ke sini.lepas settle barang dia,maka peluang mencuci mata untuk aku sopping adalah sangat cerah.outlet pertama masuk,keluar semula.mahal.outlet kedua,keluar jugak.mahal.outlet ketiga,keluar lagi.baju semua tak cantik.outlet seterusnya.."sudahla abang.sayang carik kat jerantut ajela."
tapi kaki ni terberenti pulak kat satu outlet jual kasut baby.oihh..comel.comel.comel.maka beli la untuk hasya kasut yang supercute.bukan dia takde kasut tapi before this kasut bertali.cerewet nak pakaikan.so kali ni beli yang zigzag.yess.sangat mudah.maka complete set untuk anak-anak.semua dah ada baju dan kasut raya.well done!

L-R : rifdi punya, haifa punya, hasya punya.
baik punya!


tapi tu la dia kennn.time nak bayar tu jugak terpandang flat shoe.adoihhh.dah terbeli jugak.ingatkan taknak beli kasut.i nak beli beg jewww.

gedik.gedik.

inilah dia rupa beliau ;)

aku ada gak suruh encek ejang beli kasut untuk raya ni.toms banyak yang cantik-cantik untuk lelaki.tapi bila encek ejang try aku rasa macam memang tak sesuai dengan dia.dia sesuai pakai kasual.pakai kasut lembik macam tu memang tak macho.sungguh!٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶

keluar dari situ,termasuk pulak ke Levi's outlet.gila kau,harga tak mahal mana pun kat situ.ada yang rm80 je.aku rasa cam orang gila dalam tu.dengan encek ejang teruja recce mana pattern yang cun untuk aku.tiba masa carik size,terus budak tu kata semua size 30 ke bawah je yang tinggal.hape?nangis jap.tu la,sape suruh upkan saiz pinggul yang dulu pernah pakai Levi's size 27?dengggg.maka keluarla dari Levis's outlet..eh tak.tak.terus keluar dari WangsaWalk,merajuk sampai ke Jerantut.hebakknya.

badan dah letih gila.sampai jam 11.30malam terus pergi ambik hasya kat rumah jiran.encek ejang pulak terus ke rumah pengasuh amik rifdi dan haifa.luckily,semua tak tidur lagi so tak meragamla masing-masing.heheh.

tapi kesian hasya.rupanya dia selsema.kesiannya anak ibu ni.jangan raya nanti still flu.huih.leceh tau.apepun,get well soon dear!


test kasut raya ;)


٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

2 comments:

  1. selamat hari raya maaf zahir batin...

    p/s: jemput ke blog saya and folo.. :D puterihannan.blogspot.com

    ReplyDelete

ini kotak komen. bukan kotak romen.

POPULAR POST