Visitor

7.2.13

bau dan baju

pagi tadi,cantik dah aku pakai baju putih dengan skirt (baru beli) batik dengan shawl turqoise (baru beli) jugak.amboi.gigih nak berbracket nampaknya.

lepas tukar diapers hasya,terus aku dukung dia letak dalam kereta.macam biasa,biarkan dia bermain-main dengan stereng kereta sementara abang dengan kakak jadi penjaga setia.

aku pergi bukakkan autogate yang masih manual tu.tak lama dengar rifdi melaung-laung dari dalam kereta;

"ibu.bau busukk..!".banyak kali la.

haih.jangan nak memain.aku jenguk dalam kereta.mana ada bau busuk?
hasya sengih-sengih while haifa pulak sibuk bercakap dengan Abe'.(bear).muka selamba je.

datang pulak abahnya nak reverse kereta so dia bagi hasya kat aku.macam biasa,menunaikan tanggungjawab tutup autogate yang manual lagi tu.(cakap memang dalam nada tak puas hati nampak!).

aku masuk kereta dan dum!.tutup pintu.
destinasi pertama hantar hasya ke rumah pengasuh.rifdi masih bising kata ada bau busuk.aku tak bau apa-apa.sumpah.lepas tu haifa pulak marah-marah.kata dia busuk.aku cakap kat haifa,okay.sampai rumah tok nanti haifa terus mandi.

ha -- jawab haifa.

sampai destinasi pertama.bawak hasya ke MakDe.sambil tu aku check punggung hasya.
HOI!!! entah bila masa berak pun aku taktau.patut la rifdi dengan haifa marah sangat.aku cakap kat kakde,sorry memang tak sedar bila masa dia buat projek.haha.memang langsung tak prasan.

lepas tu terus aku blah masuk kereta.time tu aku terbau-bau lagi bau ehem ehem hasya tu.sekali tengok..cis!bertompok-tompok baju putih aku colour kuning.adei la.nak patah balik memang takla kan sebab dah nak dekat jam 8.00 pagi.nak berkejar hantar rifdi pergi sekolah lagi.

sampa rumah makcik,cepat-cepat aku cuci baju.berbau lagi.tengok kat lengan baju pun ada lagi.arghh!!..cuci.cuci.sampai hilang colour tapi bau tetap ada.cover dengan perfume Bodyshop pun tak hilang jugak lagi.

sudahnya arini aku duduk office tak gerak-gerak sampai time rehat.balik rumah dapat salin baju rasa macam satu pengalaman indah bagi aku.hahaha.

okay.memang takde motif entry aku kali ni.entah apa-apa.

pagi masih berbaju putih tapi tak suci

petang terus jadi gothic tapi ayu.






٩(-̮̮̃-̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃•̃)۶


dushhh!!
    kalau tak klik LIKE memang gua sentap beb!

No comments:

Post a Comment

ini kotak komen. bukan kotak romen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...